Click it !

Friday, December 31, 2010

Macam ni memang best

Salam and hello readers :)

Pernah tak tiba - tiba tak happy, macam tak pasal - pasal stress sebab perkara yang tak munasabah? Okay, I think I stress sikit sebab macam kena push dengan orang sekeliling. Got lotsa text saying about the same thing, call talking about same issues. Being forced by others. Oh my, I AIN'T A TOY. I know what I'm doing and I know whats best for me. I know how to make a right decision. Don't bother me for something that really doesn't make any sense. Okay so bila stress apa I buat? Biasanya I makan chocolate, at least 2 bars. Lepas tu boleh la juga melayan lagu lagu yang mengasyikkan atau tengok cartoons ! Suka tengok Tom and Jerry tak? Best kan best kaann? Kan kan? *okay dah terexcited* ==' Kalau tak tengok cartoons or makan chocolate, I suka tgk funny vids dekat YouTube(YT). Yang ni jalan terbaik untuk reduce stress. Serious I tell youuuu. Dalam banyak banyak funny vids dekat YT, I paling suka tengok 'baby sleeping' I suka kids, harap maklum lah ye xD

Kalau tengok funny vids, stress pun takut nak datang, aman duniaku, jarang jarang stress melawat diriku. Alhamdulillah :)

Tadaaaaaaaa,



Vids ni kalau tak stress pun i tengok especially kalau I tengah bosan. HAHA
Anak siapa yang comel sangat ni? geram betul lah. Grrr


Sekarang stress lagi tak? tak kan tak kan?? Siapa stress tengok video ni saya sarankan anda bertemu pakar, mungkin anda mengalami gangguan emosi yang sangat extreme. Bye !

Thursday, December 30, 2010

Sebiji Bola

Salam and hello readers :)

Hanya kerana sebiji bola manusia bertelagah. Hanya kerana sebiji bola, manusia bertengkar. Hanya kerana sebiji bola, manusia hilang pertimbangan. Hanya kerana sebiji bola, manusia hilang kewarasan. Hanya kerana sebiji bola, emosi bercelaru. Hanya kerana sebiji bola, timbul perbalahan. Hanya kerana sebiji bola, timbul isu kewarganegaraan. Hanya kerana sebiji bola, jiwa gundah gulana. Hanya kerana sebiji bola, para ibu meninggalkan tugas di dapur. Hanya kerana sebiji bola, para bapa melekat di kaca TV. Hanya kerana sebiji bola, anak bujang hilang dari rumah. Hanya kerana sebiji bola, anak gadis hilang keayuan. Hanya kerana sebiji bola, suara hilang entah ke mana. Hanya kerana sebiji bola, duit poket berkurangan. Hanya kerana sebiji bola, tak pasal pasal mamak untung extra satu malam. Hanya kerana sebiji bola, berkurangnya pengguna Facebook. Hanya kerana sebiji bola, statistik status di Twitter bertambah (dalam masa 5 saat, berpuluh - puluh update baru akan terkeluar). Hanya kerana sebiji bola, drama - drama yang disiarkan di kaca TV tidak mendapat sambutan hangat. Hanya kerana sebiji bola, rakyat Malaysia menjadi begitu patriotik buat seketika. Hanya kerana sebiji bola, tiada topik lain yang hangat diperdebatkan selain bola. Hanya bola. Hanya kerana sebiji bola juga lah, saya buat entri ini.

TAHNIAH HARIMAU MALAYA !



nak tambah lagi, hanya kerana sebiji bola, ada yang bertanya 'Eh Khairul Fahmi tu single lagi tak?' ==' hampeh betul.


Gila siot trending topic dekat Twitter semalam. Dasyat dasyat =='

No title

On the road to success, there's a curve called failure, a loop called confusion, speed bumps called friends & red lights called enemies

I found this at twitter

Tahukah Anda? # Siri 2

Salam and hello readers :)

Dah baca Siri 1? Okay, itu fakta. Terpulanglah kalau awak nak percaya atau tidak. Saya cuma nak share je, berkongsi ilmu tak salah kan? :) So lets move on to Siri 2. Dalam siri 2 ni kita belajar tentang apa ya? Island, river and waterfall. That's it. Continue reading to get info okay?

# Siri 2

PULAU

1. Siapa tahu pulau apakah yang terbesar di dunia? Tak tahu? okay sekarang kita semua boleh tahu. Pulau terbesar di dunia is Greenland. Ia lebih 2,000,000km persegi(1,242,800 batu persegi). WOAHHHH O.O ianya hampir 10 kali ganda lebih besar daripada Great Britain. Pulau ini dilitupi oleh salji dan juga ais. WOAAAAAAAAHHH kali kedua.

SUNGAI

1. Yang ni saya rasa semua dah tahu kot sebab kita pernah belajar dekat sekolah dalam subjek Sejarah. Sungai terpanjang? Di dunia, bukan di Malaysia atau di Semenanjung Malaysia ya adik adik :) Okay, jawapannya adalah Sungai Nil ! Ia mengalir dari Central Africa 6670 km (4145 miles) dari utara ke Laut Mediterranean. Jika semua bengkokan ( I dont know how to explain. Sungai yang bengkang bengkok la kan) diluruskan, ia mencapai kira - kira satu per tiga jarak dari Kutub Utara ke Kutub Selatan. Fuyoooooooooo, panjangnyaaa ! O.O

AIR TERJUN

1. 'The Smoke That Thunders' Itulah nama Victoria Falls yang bersempadan antara Zambia dan juga Zimbabwe. Kenapa ya? Kalau nak tahu, kita boleh melihat semburan awan besar yang naik tinggi ke udara dari 32km (20 batu) sebelum kita boleh mendengar the thundering of woootahh(water@air) Fulamaaaak, macam seram je XDD Patut lah The Smoke That Thunders =='

Okay tu je nak kongsi. Semoga ilmu bertambah :)

Tuesday, December 28, 2010

Tahukah Anda? # Siri 1

Entri 'Tahukah Anda?' adalah entri permanent atau tetap dalam blog ini. Entri selingan yang memuatkan fakta menarik yang mungkin anda tahu atau mungkin juga anda tidak tahu. Ianya ringkas tetapi padat dengan ilmu. Oh ya, entri ini juga bersiri. Nak tahu lebih lanjut? Ikutilah setiap siri yang disiarkan di blog ini. Cecehh, macam nak promote drama TV je. HAHA c(; Enjoy lah ye :)

# Siri 1

Hari ni kita belajar tentang 'JUTA' Apa yang menarik sangat ni? Jum kita bongkar rahsia 'JUTA' Jeng jeng jeng :D

1. Tahukan anda berapa tebal sebuah buku dengan SEJUTA muka surat? Ha berapa? Jawab jawab. Siapa tak jawab kena rotan. Pap ! Haa padan muka, kan dah kena. Okay jawapannya adalah setebal 70M bersamaan dengan 23-tingkat bangunan pencakar langit. Woaah tinggi kan? Siapa laa nak buat buku setebal tu? -.-' tak habeh la den nak baco.

2. SEJUTA minggu yang lalu akan membawa kita kembali ke 17000 SM. Fuyoooo !

3. Awak tahu apa yang awak buat SEJUTA saat yang lepas? Rajin ke nak kira SEJUTA saat tu bersamaan dengan berapa hari, jam, minit, saat? Haa kalau nak tahu, SEJUTA saat yang lepas bersamaan dengan 11 hari, 20 jam, 4 minit, 4 saat. Siapa laa yang hebat mengira ni. =.=''

4. Kalau SEJUTA minit macam mana pulak eh? Ada siapa siapa tahu? Okay, SEJUTA minit pula sama dengan hampir 2 tahun. 1 tahun, 345 hari, 4 jam, 4 minit precisely.

5. SEJUTA tin kacang panggang akan mengisi kolam renang 25m x 13.5m dengan kedalaman 1.5m (82ft x 44ft x 5ft) Siapa sanggup berenang dalam kolam dipenuhi baked beans? Anyone? Hee x)


Okay itu saja fakta for today :) Semoga ilmu kita semua bertambah. Bye

Dari Johor ke Port Dickson

Salam and hello readers :)

Last minute or unplanned vacation can be fun and exciting sometimes :) Betul tak? Siapa setuju angkat kaki kiri. Okay awak memang bijak kalau awak angkat kaki kiri.
Rasa bersalah pula sebab biarkan blog tidak berentri baru so nak ganti balik la ni kan. Hehe >.< Ahad lepas pergi Port Dickson, last minute punya plan -.-'

Kalau nak cerita macam panjang sangat, tayang gambar je okay tak? Cakap okay cepat ! Kalau tak, buruk padahnya.


Entrance Corus Paradise



Konon tak puas hati, eheh maluu den >.<''



Tak cukup lagi dua orang ni



On the way ke apartment







View from our apartment





Mandi manda bersuka ria tanpa berduka di tepi pantai


Gambar jalan jalan dekat tepi pantai waktu malam takdok pulok. Ada dekat camera satu lagi. Maaf la ye. Okay dah cukup 2 hari 1 malam di Port Dickson, jum ke Selangor.


At Hakimi's House, nak balik JB dah masa ni



Julingan manja Hakimi. HAHA. Eh kenapa nampak pendek eh masa ni? -.-''



Hakimi's Family



Dekat perhentian pun boleh nak bergambar. Anak sapo tu haa?



Dah dah, masuk dalam kereta. Nak balik JB dah ni.


Okay itu sahaja, bye :)

Friday, December 24, 2010

I'm gonna teach you how to

how to how to how to how to....

Okay hi ! Salam and hello readers :)

(Saya ajar budak UiTM sahaja. Tapi kalau sama ikut lah)

Anda seorang pelajar universiti? Masih belum menjelaskan yuran pengajian? Tidak tahu bagaimana caranya? Perlu bayar sendiri? Tanpa bantuan siapa - siapa? Oh bagaimanakah caranya? Baru pertama kali anda perlu melakukan ini sendirian? Okay mari belajar. Ikut step by step :)

Kaedah 1 : Bayar di kaunter Bank Islam. Bagaimana ya?

* awak pergi dekat sini, masukkan nombor pelajar, tekan button 'masuk'. Nanti awak akan nampak macam ni ye dekat skrin laptop / pc awak



Apakah langkah seterusnya? Sila lah click 'bil pelajar' seperti yang saya highlightkan dalam gambar atas. Faham tak semua? Tak faham angkat tangan ye, nescaya tidak ada siapa siapa yang akan membantu anda kerana tiada siapa pun nampak awak angkat tangan. HAHA kesian awak kan. Apa laa lain kali tak faham tanya, bukan angkat tangan. Okay dah jum sambung belajar. Dah click buat apa pulak?

Bila dah click, awak akan nampak senarai bil, jumlah bil dan juga status bayaran yuran pengajian. Okay part ni, awak pergi click dekat 'No. Bil' yang berwarna biru (itu maksudnya awak belum menjelaskan bayaran) Bila awak click yang tu, nanti akan terpampanglah sebesar tidak so called resit ke apa. Macam ni rupanya :



Okay, print benda ni. (yang dibulat- bulat tu penting ye) Simpan dalam bag elok - elok pergi Bank Islam berdekatan. Bila dah sampai bank, SILA AMBIL NOMBOR GILIRAN. Kalau tak ambil memang sampai bila pun tak bayar yuran tu. =='


Sila duduk, anda akan dilayan sebentar lagi, terima kasih :)


Lepas tu awak pergi dekat tempat yang orang selalu isi form tu kan. Tahu tak? Yang ada banyak kertas pastu ada pen tu? Tahu kaan? Okay pandai dia. Anak siapa laa ni. Awak ambil kertas yang tulis SLIP PEMBAYARAN BIL/BILL PAYMENT SLIP. Isikan borang tersebut selengkapnya. Haa mana kertas yang saya suruh awak simpan elok - elok tadi? ada lagi tak? Haa kalau takda esok tangan putus. kihkih >.< Okay, kertas tadi tu sebenarnya sebagai rujukan sahaja. Isi slip tu macam ni ye kawan - kawan :


Ya saya tahu, tulisan saya memang buruk compang camping teruk sekali rupanya


Lepas isi, sila duduk diam - diam di kerusi empuk yang telah disediakan pihak bank sehinggalah nombor anda dipanggil. Bila dipanggil, tunjuk je slip tadi tu lepas tu tayang duit. *Ecehh kaya la tu* Nanti ada orang bank tu buat kerja dia sikit la kan. Okay step terakhir memang sadis. Serious macam nak menangis. Baik awak stand by tisu 10 kotak. Cepat cepat ! Saya nak tisu Royal Gold *sempat lagi nak demand dekat sini*
Okay dalam kiraan tiga, bersedialah untuk mengucapkan kata - kata terakhir buat duit wangimu sebelum ianya ditukar tangan.*cepat cepat bukak lagu Jangan pisahkan* satu, dua, tiga ! Byee babyku *sambil nangis sedu sedu*

Okay pihak bank akan cop slip tadi tu dan awak boleh pulang ke rumah dengan perasaan sayu. Sayu atau lega? Pilihan di tangan anda :) Okay tu je. Senang kan? Dua hari kemudian, sila ke laman web tadi untuk semak status bayaran samada telah dikemaskini atau belum.


Kaedah 2 : Bayar tru machine ATM Bank Islam

Dengan hanya tiga, tiga ya kawan - kawan, tiga. Tiga langkah mudah, anda boleh menjelaskan yuran. Cik Fero, yang ini macam mana pula caranya ya? Okay begini ya. Perhatikan.

Mula - mula pilih Menu > Lain > Pembayaran Bil / Yuran IPT
Lepas tu, masukkan > No. Kad Pengenalan Pelajar
Lepas tu lagi, pilih > Bil Anda & > Masukkan Amaun Yang Betul
Last sekali, SILA SIMPAN RESIT AWAK YE :)

Ada cara lain tak? I malas la you nak keluar - keluar ni. Panas tau. Cuaca sekarang ni bukan menentu sangat. Kejap panas kejap hujan. Bila jadi macam ni, BERHENTI MEMEBEBEL dan sila lah ke sini.

Kaedah 3 ini dipanggil pembayaran melalui perbankan internet. Begini caranya :

Kalau nak guna kemudahan ini, awak mestilah pemegang akaun individu
Bank Islam dan telah mendaftar sebagai pengguna bankislam.biz. Kalau tak, tak boleh. Harap maklum.

1. Layari www.bankislam.com.my
2. Klik butang "Login How" pada logo bankislam.biz dan tekan "OK".
3. Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki bankislam.biz.
4. Pilih "Bill Presentment" pada bahagian "Bill Payment".
5. Pilih "Universiti Teknologi MARA" pada bahagian senarai penyedia perkhidmatan.
6. Klik butang "Next". Skrin berikutnya akan menunjukkan senarai Bil yang perlu dijelaskan oleh pelajar.
7. Pilih Bil yang hendak dibayar. Klik butang "Pay". Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran seperti nama pelajar, nombor pelajar, nombor bil dan amaun yang perlu dibayar.
8. Pilih sumber akaun untuk membuat pembayaran.
9. Klik butang "Pay" untuk meneruskan pembayaran. Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran yang hendak dibayar sebelum pengesahan dibuat.
10. Klik butang "Confirm" untuk mengesahkan pembayaran atau sebaliknya. Skrin pengesahan pembayaran akan dipaparkan beserta nombor rujukan.
11. Pelanggan adalah dinasihatkan untuk mencetak pembayaran yang telah
dibuat sebagai rujukan.


Okay itu sahaja TIGA langkah mudah. Saya pilih langkah 1, awak pula bagaimana?
Selamat membayar yuran :)

35 ways to ANNOY people at the movie

Salam and hello readers :)

1. Throw popcorn in the air and yell, “It’s snowing!”
2. Go, “Oooooh…” whenever anyone kisses.
3. Clap when the good guy gets killed.
4. During the previews, yell, “Can you fast-forward it?”
5. Whenever the bad guy is doing something devious, say, “Watch out!”
6. Laugh very loudly at all the corny jokes.
7. Yell out what is going to happen.
8. Say that they cannot sit next to you because you invisible friend already is.
9. Use empty chairs next to you as catapults with candy. Aim at specific people behind you and see if you can hit anyone in the back row.
10. Wear 3d glasses. Complain loudly how bad the effect are.
11. Bring a flashlight. In the middle of the film do shadow puppets on the ceiling.
12. Bring a remote control. Complain that you can’t change the channel.
13. Sit front row, the minute the movie starts run out screaming.
14. Bring a beach ball. Toss it around.
15. Try to start a wave.
16. Sit in the back and throw eggs at the projection window.
17. Every time someone curses cover your ears and scream, “No profanity!”
18. Sing with the theme music.
19. Point a laser pointer at the screen. Give the audience a laser light show.
20. Bring a book and a bright light. Start reading the book with the light on. When someone asks you to turn out the light, yell, “Shh, I’m trying to read!”
21. Use binoculars. Stare at the audience rather than the movie.
22. Bring a Nintendo laser gun. Shoot at the screen.
23. Clap loudly every time a person walks into the theater late ans says “Welcome to the club”
24. When someone kicks the back of your chair, scream, “Ahhh, whiplash!”
25. Ask the person at the ticket window, “Do you work here?”
26. Start a standing ovation at the end of the movie.
27. Quote all dialogue 4 seconds after it is said on the screen.
28. Every time there is a gun shot scream, “Hit the floor!”, jump on the floor, and cover your head.
29. Wear one of those “cat in the hat” top hats.
30. Before the movie starts, stand up, and imitate the Truth commercial saying, “The makers of this film couldn’t find any way to make their characters rebellious, rockin`, or cool so instead, they’ll just smoke.”
31. When someone walks by you in the aisle scream, “Ahhhhhh! Bad Touch!”
32. Bring your own beanbag chair and sit in the aisle.
33. Before the movie begins, tape fart cusions to various chairs in the theater room.
34. Bring a portable air popper, pop your own popcorn.
35. Bring a watergun and shoot it at anyone who begins talking.

Okay, jangan buat. Share je boleh, buat betul - betul tak boleh. Nanti orang lain pissed off korang jangan pulak jawab 'I found these interseting ways to annoy peeps dekat blog ni feyys.blogspot.com' Habis aa nanti. HAHA Peace :D

Thursday, December 23, 2010

what happened today?

Salam and hello readers :)

Today got lotsa things to do. So wake up not really early in the morning, had my lovely breakfast with my family then around 12 went to Bank Islam, BBU to pay my college fees. Okay satu masalah selesai :) Lega yuran dah bayar. Then do my rondom routine, brrr boring -____-'' Another big big big problem heading straight to me and hit my face *daaaanggg !* Heyy saya tak dapat kolej. Seriously? Nak tidur mana ni? Sob sob :'( Maka dengan cool dan tanpa gelabah, terus cari rumah sewa berdekatan dengan kampus. Fine ! Don't give up. Stop complaining keep on searching yo ! Right after lunch, bermulalah aktiviti mencari rumah sewa. Mula lah handphone jadi pemes(famous) sikit kan nak bunyi - bunyi bagai. Call orang ni call orang tu. Orang tu call orang ni orang ni call orang tu. Okay dah diam. Suddenly......

Handphone menyanyi. Ohh sedapnya lagu macam tak nak angkat je. HAHA terpampanglah dekat skrin yang tak berapa nak besar macam TV Samsung LCD screen 22 inch tu kan, *Cehh mengada nak compare dengan TV* nama GS Nadh *saya memang organize everything even the small one* So I pick up the phone call lah. Nadh cakap nak datang rumah. What for meh? She said nak hantar cake and I was like 'cakeee??' *wondering kejap kenapa Nadh nak datang jauh - jauh semata - mata nak hantar cake* Whoaa lovely Nadh *tak payah nak senyum eh Nadh kalau kau baca ni* HAHA Okay then continue cari rumah -____- *part ni memang kejam sebab tension tahap maksima* Nadh pun sampai bersama cake dan juga Vanilla aiskrim. Lepas tu dia pun mula lah sesi cakap perlahan and jujur. Rupa - rupanya...

Fayyadh yang buat cake tu. Duhh kenapa tak cakap je dari awal kan. Nadh ajak pergi kereta. *Okay part ni memang agak blur - blur plus malu sebab pakai seluar bunga - bunga en* KAHKAH Ada orang tu terus menyorok dalam kereta. Ingat orang lain tak nampak la kan dia menyorok.

Skip skip skip, nanti orang tu terextra malu pastu dia hempuk laptop dekat kepala lepas tu koma esok masuk frontpage Berita Harian *Hempuk kepala akibat malu dengan gadis berusia 18 tahun* Tak pasal pasal jadi pemes(famous) sekejap x) HAHA okay kidding yo bro *Chill, jangan merah merah pulak muka tu* BAHAHA

Okay so masuk dalam rumah bagitahu Mama, Fayyadh buat cake pastu suruh Nadh hantar. HAHA statement kejam di situ ye :P

'Fayyadh buat cake?'
'Aah, dekat rumah Nadh pastu tipu konon - konon Nadh yang nak hantar cake'
'Ohh, meh sini Mama rasa' *Okay, pakar masakan sudah datang*
'Tak sedap lah'*Fuhh gamble gila Mama cakap tak sedap. C'mon maaahn. He's a first timer la Ma. Cakap tak sedap tapi ngap lagi* x___x''
'Eh serious ke? Nampak okay je'
'HAHA sedap lah. Hayyo. Tapi nanti cakap kat Fayyadh, Mama cakap tak sedap. Tau tau. Hehe' *berlaku kekejaman di situ ye*
'Ek elehh. Apa laa. Eh okay la ni. Not bad la kan. Tapi kalau lembut sikit mesti lagi sedap'

Okay dah sesi dialog tamat. Maleh den nak type. Yang lain tu semua private conversation between Mama, Me and Adik. Ayat adik paling tak boleh blah. Dia boleh cakap

'Haaa adik tahu kenapa abang Fayyadh bagi cake untuk kakak!' *Excited beno muka dia*
Mama pulak boleh tanya kenapa. Duhh Mama ni puuuun -_____________-''
Adik dengan selamba dan gahnya dia cakap
'Sebab abang Fayyadh ________ _______ kaaan??? *sila tolong please jangan habiskan ayat ini atau cuba untuk menghabiskan ayat ini. Dah tak payah nak fikir bukan - bukan. Malas aku nak layan. Baik aku makan.

Okay berbalik kepada cerita sewa rumah. Akhirnya setelah hampir give up. Note that. Hampir ye. Belum give up lagi. Dapat jugak satu rumah ! Yeayy ! Got this apartment at Casa Prima. Nice one, belakang college je. Tak payah bawak kereta. kekeke, jimat duit. HAHA Ok dah bye, got things to do. Catch ya later :)


# Thanks a lot to Fayyadh Falikh, Nadhira Razin, Akmal Hakim and Amirul Hakim :)

Barbie tote bag VS kasut sekolah

Salam and hello readers,

Okay post ni saya guna tadi instead of semalam sebab kejadian ni berlaku beberapa jam sebelum pukul 12 AM.

Tadi lepas Maghrib pergi Tesco Bukit Indah, saja nak beli groceries jauh - jauh. Jalan - jalan dekat dalam supermarket tu, macam - macam lah nak beli kan. Lepas tu pergi dekat tempat roti. Peeewit, banyak gila roti. Macam - macam ada *Okay promote Astro tiba - tiba* Pergi situ dengan Mama sebab dua - dua memang suka beli roti. Mama nak beli Danish Bun, Mekciko (Mexico) Bun segala bun lah Mama nak beli. Buncho je dia taknak. Okay takda kena mengena. Sedang kami membelek - belek roti mana menjadi pilihan hati, tiba - tiba mataku tertangkap lalu terfreeze dekat satu nenek tua yang comel ni.*Saya memang suka tengok orang tua, sebab tu cakap semua orang tua comel. Exceptional untuk orang tua gatal miang menghenyam* Okay berbalik kepada cerita asal, saya freeze bukan sebab nenek tu extra comel ke hot ke apa tapi sebab tote bag yang dia pegang tu. Alahai comel macam nak curi je rasa. Lepas tu terus bisik - bisik dengan Mama.

'Ma, Ma *sambil goncang tangan Mama, senyum lebar* tengok nenek tu Ma'
'Ha apa? Nenek mana pulak?'
'Alaa tu laa, yang kat depan tu. Tu tu tu'
*sambil bagi hint la kan*
Nenek tu 20 - 30 meter di hadapan kami :)
'Oh haa, kenapa dengan nenek tu?'
'Ish Mama tengok la dia pakai bag apa. Barbie tau. Comel gila seh'
'Ek elehh, tu je? Ingat apa tadi'
'Comel lah bag dia. Mana ek dia beli? Dah tua - tua pun pakai bag Barbie. Comelnya'
'Nak Mama tanya mana dia beli?'
"Ish Mama ni biar betul? Tak nak lah. Malu laa akak'
'Alaa tanya je bukan apa pun'


Cuba teka apa mama buat?

a) Mama terus dengan pencarian roti mana pilihan hati.
b) Mama buat - buat pergi dekat nenek tu.
c) Mama tanya betul - betul.
d) Mama pergi kaunter untuk bayar roti.

Ha lai lai jawab cepat !

Okay jawapannya C. Faham tak? C ! MAMA PERGI TANYA NENEK TU BETUL - BETUL ! HOOOOMAIGOODDDDD ! Sumpah malu tahap maksima terus lari jauh - jauh menyorok dekat aisle pasta lepas tu buat - buat pilih pasta. Faham tak malu dia macam mana? Oh my =.='' Lepas tu macam pencuri ngendap - ngendap tengok Mama dah habis bual ke belum dengan nenek tu. Okay selamat dah, maka dengan selambanya serta gahnya saya berjalan keluar dari aisle pasta tanpa mengambil apa - apa pasta *Tadi ye ye gila belek pasta* Eh kenapa banyak perkataan pasta? Okay dah diam =='

Mama dengan coolnya berkata
'Mama dah tanya dah nenek tu'
'Serious !???!!'
*Muka terkejut habis ah 0.o
'Ye laa betul la. Apa? Ingat Mama main - main ke tadi?'
'Mama tanya apa sehh? Malu laa akak camni. Ish Mama ni'
'Mama tanya laa mana dia beli bag tu'
'Then nenek tu cakap apa?'
'Dia cakap dia beli kasut sekolah Barbie untuk cucu perempuan dia so dapat tote bag tu free'
'Erk? Kasut sekolah? Biar betul kasut sekolah pun nak jenama Barbie'

*Cemburu tahap dewa. Masa zaman aku sekolah rendah takda pulak Barbie keluarkan kasut sekolah. Benci betul*
'Aah la kasut sekolah. Eh Barbie ada kasut sekolah?'
'Betul eh ma? Alaa nak laa bag tu. Comel sangat'
'Pergi la beli kasut sekolah Barbie, nanti dapat laa bag tu. Free je. HAHA'
'Ek eleh Mama ni. Nanti beli siapa pulak nak pakai kasut tu'
'Bagi je siapa siapa'
*Mama terus jalan sambil bawa roti yang dia dah pilih.

Sambil jalan dengan muka blur sebab masih fikirkan perihal Barbie dan kasut sekolah, boleh pulak terserempak dengan nenek tu kaaaan. Duhh extra malu jadinya =='
Nenek tu senyum - senyum pulak tu. Ni lah akibatnya kalau dapat mommy yang extra cool ==' Oh tidak, mana tempat yang paling sesuai untuk bersembunyi? Rasa macam nak lari jauh - jauh dah ni. Ok bye, nak lari !


Eh eh, ada siapa siapa beli Barbie baru tak? Kalau beli satu Barbie dapat free satu Bantal Barbie. Cantik dohh ! Kalau tak nak bagi Fero. HAHA ok bye c(: !

Wednesday, December 22, 2010

Malas jogging?

Tapi masih nak badan sihat?

Salam and hello readers :)

Okay dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Cewah, ayat tak boleh blah macam surat rasmi. okay dah, bukan masa untuk meleweh. Sebenarnya ada banyak option kalau nak sihat, bukan jogging je. Naik turun tangga pun kita boleh sihat sebab tu salah satu exercise. Cikgu saya masa sekolah dulu la yang cakap. Memang betul pun sebab dulu kalau tak sempat nak jogging selalunya naik turun tangga je kat rumah. Kalau pergi sekolah Ya Allah tingginya kelas aku, loteh nak mendaki. Kelas dekat Block D tingkat 3 then jauh semacam dari dewan. Memang hari - hari la exercise. Boleh burn kalori. Masa zaman sekolah dulu selalu jogging dengan Filzah and Faeez petang - petang kat area rumah. Rindu korang tiba- tiba. Okay tapi tu bukan point saya sekarang, kalau rasa malas nak jogging. Naik turun tangga pun sepuluh kali ganda malasnya, maka cari lah solution lain. Buat exercise dekat rumah macam ni :

Click sini.

Okay video tu pendek, kalau nak video panjang, beli lah Nestle Fitness >.< kihkihkih
Sedap tau, ada tiga choice, fruits, almonds and cereals kot. Masa dekat college selalu la makan :) Suka makan fruits and almonds tu. Another one tak pernah try pun. Kalau beli nanti dapat free fitness VCD tu. Ada dalam box dia. Tu je nak bagitahu :) Jaga makan, exercise, badan kita pun sihat :D Okay dah bye ! Nak keluar.



#Filzah and Faeez, bila nak jogging? I dah nak balik Penang dah ni. Sob sob :'(

Tuesday, December 21, 2010

UiTM Pulau Pinang

Salam and hello readers :)

Sekarang macam - macam medium telah tersedia untuk make sure semua orang terupdate dengan news - news baru berkaitan apa sahaja termasuklah perihal universiti. Medium yang digunakan adalah seperti Mukabuku atau lebih glam lip lap lip lap dikenali sebagai Facebook. Ada juga yang menggunakan medium lain seperti Twitter di mana ianya lebih pantas. Dalam sekelip mata zaasss, terupdate lah status baru. Okay point dekat sini is not about medium - medium yang tersedia tapi pasal macam mana nak keep updated dengan news yang baru lagi fresh. Jika anda menggunakan aplikasi Mukabuku dan anda seorang warga UiTM Pulau Pinang, rajin - rajin lah anda ke sini atau sini untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai urusan kolej atau lain - lain. Anda juga haruslah rajin - rajinkan tangan anda untuk klik ke laman web ini agar anda tidak tercicir. Apa guna internet? Toksah dok pesbuk gossip sana sini sangat. Baik hang cari fakta ka apa ka yang boleh menjana perkembangan otak hampa tu laaa.

Okay seterusnya, jika anda ingin membuat pembayaran yuran pelajar lama *untuk semester seterusnya* sila klik di sini. Masukkan sahaja nombor pelajar anda dan tekan butang masuk nescaya akan terpampanglah di skrin anda berapa jumlah wang anda yang harus dibayar. Mudah bukan? Untuk mengetahui lebih lanjut, sila juga rajinkan jari jemari mulus anda untuk melayari laman sesawang Student Portal *link sudah diberikan diatas* dan simply download Academic Session 2010/2011. Di situ terdapat segalanya yang diperlukan kita semua. Kalau malas sangat nak download, baca kat bawah ni.


manja betul siap nak kena bagi gambar bagai



Ini jadual pendaftaran pelajar lama


Dekat Twitter saya pun dah update pasal ni so jangan tanya lagi. Ohh lupa pula, 22 December which is esok, college assignation result akan keluar. sila cek di sini atau Student Portal.

# Okay, sebarang pertanyaan lepas ni, tidak akan dijawab sebab saya dah bagi bantal siap selimut bagai. Faham tak? Kalau tak faham buat - buat faham.

Sick Selasa VS Suhh-weeett Shukulat

Salam and hello readers :)

Manis betul hari ni. Sedap dan nyaman rasanya bila tekak dijamah dengan rasa manis penuh kasih sayang tidak terhingga sampai tekak sakit *batuk batuk* Hambik kau makan lagi manis manis pastu nak blame siapa pun tak tahu. Blame yourself Fero, don't blame others. Okay fine, saya blame diri sendiri *muka hampa tokle blah* Akibat daripada extra kenyang semalam punya dinner maka hari ini perutku tidak gedik joget - joget minta diisi makanan. Baguih baguih, perut saaapo la ni haa. Tapi ada masalah bila si empunya perut mula gatal mulut nak kunyah - kunyah junk food. Tiba - tiba teringat masa dekat kolej sengaja buka puasa ganti sebab tak tahan tengok roommates makan biskut Lexus choc yang pembalut warna purple tu. lepas tu kena marah dengan Zana and Kak Yati sebab tak pandai kawal nafsu. Oh sungguh tidak bagus ye. Tak bagus. Faham tak? TAK BAGUS *ulang dengan nada extra serious tapi ayu*

So apa yang manis tapi sick di hari Selasa? Cehh triple S gitu. Okay, disebabkan perut tak mengada tapi mulut nak kena garu maka kaki melangkah gah ke dapur cari junk food sebab semalam dengar adik berdua tu kata diorang beli Corntoz. Kakak mereka yang seorang ni, bukan penggemar junk foods tetap menggeledah daput demi mendapatkan sesuap Corntoz *sadis gila ayat* Dengan berkat usaha yang gigih maka Corntoz mini pack menjadi habuan. Curi - curi bawa masuk bilik makan sorang - sorang sambil tengok video kat Youtube. Done, buuurrp. Alhamdulillah :) Okay sekarang dah kenyang layan nafsu makan. Tiba - tiba Mama panggil, alamak mesti kantoi aku curi Corntoz. Konon cuak ahh en kena panggil. Buat muka cool jumpa Mama. Rupa - rupanya dia nak bagi chocolate. OH MYYY :DDD cokelat cokelat. Dapat la semangkuk besar seorang. Apalagi, sebelum cokelat aku dikebas oleh pihak ke tiga which is beradik yang lain, maka lebih afdhal aku simpan dalam bilik buat makan jadi supper lah kononnya. Supper makan cokelat? Apakah? Sejak bila? Okay dah diam.

Nafsu makan cokelat tidak dapat ditanggung lagi kerana pembalutnya yang comel momel tu buat aku nak koyak - koyak pastu telan. Saya si pemakan cokelat tegar mula mengunyah tanpa halangan. Kunyah punya kunyah tiba - tiba terfikir. Eh, ni cokelat rendah lemak ke tak? * saya memang cerewet bab makan makan ni* Mesti nak extra baguih. Pastu terus stop terus panik terus capai laptop terus search pasal cokelat maka inilah dia yang akan dikongsi bersama penggila cokelat sekalian alam


KEBAIKAN CHOCOLATE :


# Ingin panjang umur? *gaya iklan dalam TV* Makan lah coklat kerana coklat ternyata berkhasiat membuat umur seseorang menjadi lebih panjang instead of saya menggunakan perkataan keji seperti, anda akan lebih tua. Faham tak?

# Coklat boleh membantu dalam mencegah penyakit kanser dan sakit jantung. Hal ini demikian kerana *cehh ayat perlu laa macam nak buat karangan sekolah menengah* coklat kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols.

# Ingin tampil anggun dan muda? Marilah beli coklat. Dah beli kena makan sebab coklat boleh membantu mencegah penuaan.

# Selain menggunakan aroma therapy yang gila nyaman baunya ditambah pula dengan lampu romantic beserta angin sepoi sepoi aircond dalam bilik yang mampu buat anda TENANG sampai kepala lentok - lentok, * mood nak tidur la ni kaan* perkara wajib aku buat 10 minit sebelum tidur sebab nanti masa nak tidur bilik tu sejuk bau wangi - wangi pastu gelap romantic sumpah lena betul aku tidur. Okay dah keluar topic, makanlah coklat kerana ia mampu buat anda rasa TENANG instead of kau buat macam aku dah explain kat atas tu kan. Nampak tak apa yang aku cuba relatekan? Okay fine kalau tak nampak =='

# Coklat mampu menurunkan tekanan darah. Biasa lah tu, bila seteres meres ni, tekanan darah mula lah naik mendaki tinggi menggunungkan especially time nak dekat final pastu gaduh dengan boyfriend ke apa kan. Konklusinya, makanlah cokelat eh awak *puppy face sambil kenyit mata*

# Coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang orang ramai cakap ye. Eeee nampak sangat nak boikot kan? Kan kan? Baik mengaku. Tipu dosa.

# Coklat juga boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Jum lawan bakteria jahat ! Ia boleh kurangkan jangkitan selesema ye tuan puan :)

# Cokelat warna hitam *sounds geli je kan, gedik betul* hoih peberet aku tau dark chocolate, pahit - pahit manis instead of hitam manis. Pernah dengar tak lagu yang hitam manis yang hitam manis. Okay dah diam. Okay dark chocolate ni boleh bantu menghalang penyakit Alzhemier's dan Osteoporosis. Amalkan lah ye :)

# Coklat tidak menggemukkan ye, so awak awak yang suka makan cokelat tu, makan sahaja ye tapi jangan biar terlebih makan coklat sebab extra kalori yang tidak terbakar tu yang membuatkan anda debab comel *tak keji sangatkan ayat saya?*

# Bagi mokcik adik kakak, kalau tengah PMS tu, rajin - rajin lah kunyah cokelat sebab cokelat membekalkan magnesium yang diperlukan dalam badan.

# Okay yang last ni memang paling tak boleh belah, bagi yang berkahwin saya syorkan anda semua makan coklat atau mulakan hari anda dengan bau bau coklat panas sebab coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Ouch I maluuu nak type *buat muka comel sambil tutup muka, bodoh takda orang nampak muka kau* Coklat boleh dikatakan makanan untuk seks. -_______-''


gambar untuk santapan minda, biar korang teruja sikit

tak teruja? okay fine ! Bye !


saya tetap dengan perangai lama, nak beli chocolate mesti nak yang bagus bagus je. Low fat less sweet bagai. Dekat belakang pembalut tu kan ada nutritious fact, jadilah pengguna bijak ye ^.^

Monday, December 20, 2010

Meriah Monday :D

Salam and hello readers :)

Meet these three kids











They rock the pool today

Torturing the small brain

It's 4.40 in the morning and I'm still here, writing this boh-ring beeeelog. What la deyy. Go to sleep now Fero ! Click the sign out button, shut the lappy down, switch off the light, close your eyes and go to Lalaland World. Simple as Ay Bee See :)


Boboi, nak tidur.

Peberet Hotsetapp

Salam and hello readers :)

Hari ni saja mengada nak post cerita lama berkurun dah. Tengah mood romantic ni kan. Nak feel la sikit. Hihi >.< Ouch, maaalu I tau.

Masa kecil - kecil dulu berlagak, nak toys semua yang mahal berjenama je. Yang murah tak nak, tak best. Hebat sungguh pemikiran dan taste kanak - kanak. Bila dah besar sikit, jatuh hati padanya. Oh my, I love you. Birthday gift, asyik dapat dia je. Lepas tu mula jatuh cinta pula. Semua barang nak ada dia tu jugak. Tak pandang dah benda lain. Dari baju, kasut, pencil box, purse, pemadam, pembaris segala alat tulis tu lah, beg sekolah, lunch box ect. Name it, semua ada. Semua nak dia. Papa balik overseas pun, dapat dia. Whoaa, untung saya dapat barang dia yang tidak dijual di Malaysia. Pergi mana - mana nak dia. Jadi best friend dah. Bila masuk sekolah menengah, rasa sayu nak berpisah, so ambil keputusan untuk tak nak berpisah dengan dia. Jadi, kami pergi sekolah menengah bersama, tak hairan pun nak pergi sekolah bawak botol air dia sebab sekolah perempuan kot. HAHA Sampai umur saya 17 tahun, dah habis sekolah. Banyak sangat barang dia bersama saya sampai ada cabinet khas untuk letak dia dan barang - barang dia. Takpa, I setia you. Jangan main - main :D Bila dah besar gajah ni, eh tak, kecik sikit dari gajah, dah mula fokus benda lain. Mungkin yang lebih penting. Nak kekal bersama dia, kena ada tanggungjawab besar dan juga duit yang banyak. Saya mana lah kaya kan :'( Bila dapat tawaran ke universiti, saya terpaksa lupakan hajat untuk bersama dia. Oh sedihnya untuk berpisah. Sob sob *menangis sambil sedut hingus* Tapi jodoh kitorang ni memang panjang, saya pergi shopping dengan kawan saya, jumpa dia. Awwh awhh, excited tak fikir apa dah terus grab beratur dekat counter senyum lebar - lebar. Puas hati, dapat jugak bersama dia akhirnya :D Sampai lah suatu hari, saya dapat bertemu jodoh yang memang dah lama saya cari. Awhh awak lah buah hati intan payung berlian I, I saaaayang you sangat. Special sebab tak semua orang dapat. I'll take a good care of you my dear Barbie LE guitar :)


it's not a fake



it's not a toys



it's a real one :')



a Barbie Guitar ♥


Okay saya baru perasan barang saya banyak jenama Barbie termasuklah keychain yang tergantungnya kunci rumah saya yang dibawa ke hulu ke hilir, jam tangan yang sekarang dah ada dua jenama Barbie *Bukan kids punye heh, orang dewasa punya. Rupa - rupanya saya memang tak boleh berpisah dengan dia. Barbie, I kipas susah mati you, you tahu tak? Mama cakap, nanti dah besar kerja bagus save sikit duit gaji untuk beli Barbie Collector Edition.*price range from RM 1++ to RM 1+++ or maybe moreeeeee. Lepas tu boleh tayang kat anak cucu sambil cerita dulu nenek begini begini begini. Faham tak? Okay tak faham sudah. Diam. =='


Okay sekarang nak tacing kejap, sedih sebab Barbie Collector Edition (CE) version Marylin Monroe dah takda. Ada orang dah beli, hampa sangat tak dapat. Hmmm :'(

Sunday, December 19, 2010

Suhhh-weeeett Sun-day :)

Salam and hello readers :)

How's your Sunday? Semoga Ahad anda penuh ceria bersama insan tersayang ye. Jangan sedih sedih, tak fun life you nanti :D

Okay, ayahbonda telah selamat sampai ke tanah air * to be precise, sampai JB di mana terletaknya rumah kami. Malam tadi punya semangat semua tak nak tidur kononnya nak tunggu mama and papa sampai sebab diorg kata maybe sampai subuh tapi hampehh ==' lepas subuh semua tidur sampai la dapat call dari mama kata dia dh nak sampai. *Faham tak? Around 8.30 diorg sampai so yeah, rumah mula riuh rendah sebab masing - masing rinduuuu :) Pum pang pum pang kat dapur, abang keluar pergi beli nasi lemak then we had a bole-la breakfast which is Nasi Lemak not-so-yummy and hot nescafe. Jyeahh. Then makan pulak Red Velvet yang dibuat semalam tu. My mom was like 'whoaaaa, ni untuk mama?? Canteeeek' siap hi-5 lagi kot dengan mama. Ecehhh. Bangga youu :DD

Hari ni biasa je since semua penat and rest je, petang tadi Ancik's friends datang rumah so I bagi makan cake and wintermelon juice je. Then around 4.30 macam tu, together we had our suuuuuuuper laaaaate lunch. Makan ramai-ramai memang best sebab dah lama tak berkumpul satu family plus my cousin semua ada. Double fun yo ! Okay skip cerita, malas nak type. Malam keluar pergi pusing JB, tambak, Danga Bay and all that lepas tu perut lapar pergi mamak layan tosei. Awwh my favuorita. Tosei extra bawang. Double yummy ! Macam - maca jadi kat kedai mamak tadi ==' Kelakar bercampur hampa. Duhh masalah. Tapi takpa, yang penting makan dan kenyang. Burp, Alhamdulillah :) So yeah, mari lihat gambar - gambar hari ini :


Aksi peluk memeluk



:)



meet zeee girls and wuhmehnn





Adik :)









Okay dah habis makan, maka tamatlah juga sesi tayang gambar

* Tu bukan I makan sorang okay, puhless. Saja nak market :DD

Saturday, December 18, 2010

alahai lah badan

Salam and hello readers :)

Penatnya mengemas ==' living lah, dry kitchen wet kitchen family hall segala bagai.Belum lagi masuk bab bilik tidur o.0 Dengan baju yang bertimbun tinggi menggunung tak pernah nak surut minta dibasuh. Penat wohh. Badan dah menggigil sebab belum makan lagi, tu yang lepak kejap sambil update blog. huehue >.< Ada je masa :D
Kejap lagi nak masak pulak lepas tu mulakan aktiviti main tepung di dapur. *Baking ye adik kakak makcik pakcik, bukan main baling tepung selerak rumah okay. Nanti entri seterusnya, Fero ajar cara bermain tepung di dapur. Okay dah, ni kalau type panjang lagi memang kebulur la adik beradik yang lain. Bye :)

ayahanda bonda :)

Hi awak awak semua :)

Berita gembira dah sampai ke telinga, terus pergi ke otak untuk mengemaskini data.
Tadi dapat mesej dari mama tercinta, katanya mereka akan pulang pada subuh Ahad ni. Woaahh subuh, awalnyaa. Maka bermacam macam lah yang terlintas dalam kepala ni. Kemas rumah segala bagai. Maklum lah, rumah sekarang ni dah almost 2 months kena tinggal so habuk sana sini. Esok, gonna rock the dapur and have some fun. I'm gonna make red velvet cake, some coooooooooooookies and trifle or maybe fruity bread pudding :)

*wondering, sempat tak buat semua tu sorang sorang? InsyaAllah :)
Okay dah nak tidur, esok nak bangun awal pergi kedai beli barang.
Malam semua, mimpi indah :)

Friday, December 17, 2010

Peacocks :)

Hello people :)

Okay nak admit sekarang, rasanya tak boleh tahan nak berkongsi cerita dengan semua. So tak boleh nak tunggu 1 Januari 2011 since ada cerita menarik ni. Entri yg lepas, harap maaf. Semua telah pun di privatekan atau lebih senang nak faham, kita simpan je dalam draft diam diam. Hihi . Bila takda kerja tangan mula gatal meng-Google sana sini. Tiba - tiba, teringat pulak satu benda ni, Peacocks.

Okay jum sambung. Apa itu Peacocks? Kenapa Peacocks? Di mana Peacocks? Jeng jeng jeng :D





Peacocks bukan seekor burung merak. Harap maklum ye. Peacocks sebenarnya merupakan salah satu jenama fashion dari London yang kini diterbangkan ke Malaysia. Mungkin ramai dah tahu pasal butik ni tapi takpa, kita share jugak. Mana lah tahu, ada lagi yang belum kenal dengan Peacocks. Wohoo ! Butik pertama di Malaysia telah dibuka pada 9 December 2010 di Bangsar Village. Ada banyak koleksi dari butik ni, pakaian untuk lelaki dan wanita, kanak - kanak, kasut, aksesori. Pendek kata, all in one lah. Masa tengok perasmian butik ni dekat TV3, teruja sangat. Design cantik, nampak confy, simple but stylish. Harganya juga berpatutan, mampu dimiliki lah. Rasanya Peacocks lebih murah dari Zara. Apa - apa pun, to all fashionista dekat luar sana, boleh lah ke butik Peacocks untuk menambah koleksi anda semua.


click to enlarge picture, thank you :)

Thursday, December 16, 2010

hi

Bonjour people, comment vous?

I purposely disappeared for a while. I will come back on January 1, 2011 or maybe earlier. There will be no more 2009/2010 stories. Thank you :)





with love,
feyys :)

Monday, November 22, 2010

I'm back

Hello everyone :D
Hope you guys doing fine wherever you are :)


Apologies for not updating my blog for a long time, I was extremely in slothful mood and yeah, out of ideas as well. I was on semester break and I'm currently staying in Kuala Lumpur with Kak Jaja and her friends.

Today was quite eventful for me. I had so much fun with them. Especially, with Kak Jaja. We both didn't sleep for the whole night. Spending time talking, watching movie, eating and blabla. It's pretty fun. We did some 'to do list' for this week. Fuuuuuulll of event for this week. I am sooooo excited.

Saturday, September 25, 2010

Find the missing puzzle

I think I'm in my blogging mood and have this feeling of pressing these cute little buttons on the keyboard. So yeah, I am doing okay with my life and of course, still breathing :) Alhamdulillah, Thank God.

Apologies for not updating my blog for a long time, I was extremely in slothful mood and yeah, out of ideas as well. Life seems to be harder these past few days. I'm losing part of myself and truth be told, something is killing me softly. I was hoping things get better soon. *Sigh. I don't know what's wrong with me. All I can say is my emotion is technically UNSTABLE. Everything went wrong and I miss my late grandma, I miss him, I miss my family, I miss all of my friends. Being here all alone sometimes is not easy as I thought but let's digest it in a positive way. I ended up thinking about what's my goals, dreams and all that. I ended up crying for I've done so many stupid things and I regret it. brr =.=' takpa dah sedar, Insyaallah tak buat lagi.

Sunday, March 14, 2010

Old but still young



Haaaaaaappyy 18th Birthdaaaaay Sofiah Hanis !
All the best in life and may Allah bless <33