Hanya kerana sebiji bola manusia bertelagah. Hanya kerana sebiji bola, manusia bertengkar. Hanya kerana sebiji bola, manusia hilang pertimbangan. Hanya kerana sebiji bola, manusia hilang kewarasan. Hanya kerana sebiji bola, emosi bercelaru. Hanya kerana sebiji bola, timbul perbalahan. Hanya kerana sebiji bola, timbul isu kewarganegaraan. Hanya kerana sebiji bola, jiwa gundah gulana. Hanya kerana sebiji bola, para ibu meninggalkan tugas di dapur. Hanya kerana sebiji bola, para bapa melekat di kaca TV. Hanya kerana sebiji bola, anak bujang hilang dari rumah. Hanya kerana sebiji bola, anak gadis hilang keayuan. Hanya kerana sebiji bola, suara hilang entah ke mana. Hanya kerana sebiji bola, duit poket berkurangan. Hanya kerana sebiji bola, tak pasal pasal mamak untung extra satu malam. Hanya kerana sebiji bola, berkurangnya pengguna Facebook. Hanya kerana sebiji bola, statistik status di Twitter bertambah (dalam masa 5 saat, berpuluh - puluh update baru akan terkeluar). Hanya kerana sebiji bola, drama - drama yang disiarkan di kaca TV tidak mendapat sambutan hangat. Hanya kerana sebiji bola, rakyat Malaysia menjadi begitu patriotik buat seketika. Hanya kerana sebiji bola, tiada topik lain yang hangat diperdebatkan selain bola. Hanya bola. Hanya kerana sebiji bola juga lah, saya buat entri ini.
nak tambah lagi, hanya kerana sebiji bola, ada yang bertanya 'Eh Khairul Fahmi tu single lagi tak?' ==' hampeh betul.
Gila siot trending topic dekat Twitter semalam. Dasyat dasyat =='
No comments:
Post a Comment