Click it !

Showing posts with label Tahukah Anda. Show all posts
Showing posts with label Tahukah Anda. Show all posts

Sunday, January 16, 2011

Tahukah Anda? # Siri 4

Salam and hello readers :)

Ye saya tahu tadi saya cakap nak sambung study Physics tapi sebab saya terlupa nak update siri Tahukah Anda maka, di sini saya berada, di hadapan laptop Zana menekan butang butang comel di papan kekuncinya dengan bantuan Broadband Maxis yang sekali lagi, milik Zana. Peh terasa miskin gila semua barang kena pinjam orang lain punya. Sob sob, sedih 5 saat. 1, 2, 3, 4, 5. Okay dah cukup 5 saat. Ceria balik. Kihkih >.< Saja nak intro melodramatik. Okay hari ni kita akan belajar tentang desert atau bahasa melayunya gurun.

1. Big, bigger, biggest !

# Sahara : 9 million sq. km
# Australian : 3.4 million sq. km
# Arabian : 2.6 million sq.km
# Turkestan : 1.9 million sq. km
# Great American : 1.3 million sq. km

Gurun Sahara merupakan gurun terbesar di dunia. Ianya lebih besar daripada empat gurun terbesar berikutnya jika disatukan. Faham tak? Maksudnya, 4 gurun terbesar selepas Gurun Sahara, jika disatukan menjadi satu, ianya sama besar dengan Gurun Sahara. Haa besar kan !

2. Foggy foggy ! Apa tu? Comel je nama. Kabus haa. Terus tak comel, kan? Gurun paling berkabus atau kalau nak sedap dengar, the foggiest desert is...... ecehh terus English. Hehe. Okay serious semua serious ! Bagus, macam tu yang kita mahu. Gurun yang paling berkabus ialah Gurun Namib di Namibia.

3. Driest desert pula dekat utara Chile, Amerika Selatan. Nama gurun tu ialah Gurun Atacama. Alolo comelnya namaaaaa. Sehingga tahun 1971, takda hujan langsung selama 400 tahun. ish Ish, sungguh kering T.T


Okay hopefully, general knowledge anda semua bertambah. InsyaAllah kalau ada masa dan jantung masih berfungsi, hidung mampu bernafas, saya share pasal apa yang saya belajar last week dalam kelas Geology. Till then, take care people :D

Thursday, January 6, 2011

Tahukah Anda? # Siri 3

Salam and hello readers :)

Untuk tidak menghampakan semua, I update jugak lah. At least column 'Tahukah Anda?' Okay? Kalau tak okay pun cakap okay. Cepat ! Pandaaaainya dia. Anak sapo la tu haa? kihkih >.< Okay untuk siri ketiga ni, kita belajar pasal people around the world. Excited tak? Tak? Okay fine ! Tak excited sudah. Siapa nak tahu meh baca.

Kita bukan nak belajar macam mana diorang hidup ke apa tapi kita belajar sikit pasal culture diorang. In case ada yang pergi vacation or holiday dekat overseas and tak biasa dengan cara diorang and salah bagi impression dekat diorang. haa tak pasal pasal tambah dosa sebab bersangka buruk terhadap orang lain. Ceh masuk sikit bab agama. Okay dah ready? Mengada gila nak letak intro panjang panjang kan? Hihi :) Dah dah jum belajar.

Kaau orang jelir lidah dekat kita mesti kita punya impression macam ni 'eeeee, rude gila dia ni tak pasal pasal nak jelir lidah kat aku. Potong kang lidah tu baru tau' Haaa kan kan? Pastu mesti korang tak nak kalah nak jelir lidah balik konon nak tunjuk 'Aku pun boleh laa jelir jelir lidah ni. Ingat kau sorang je boleh?' HAHA Kalau dekat Tibet, jelir lidah dekat tetamu is one of the good manners tau. So jangan la marah kalau korang pergi Tibet pastu orang jelir lidah macam kehadiran korang tu memburukkan suasana kat sana. HAHA

Kalau burp macam mana pulak? Pehh lepas makan burp kuat kuat hampeh gila. Tak senonoh. HAHA tapi kalau orang Arab, burp kuat kuat lepas makan tu perkara baik. Itu cara diorang menunjukkan betapa diorang enjoy gila foods yang diorang makan. Haa so kalau diorang burp slow tu nampak sangat la foods tak sedap. HEHE

Okay next !

Ada orang makan ular. Exotic la kan. Dekat China, ada sesetengah restaurant yang bagi customer pilih ular mana menjadi pilihan. Macam pergi pet shop pulak nak pilih binatang mana jadi pet. Ular ni kita pilih la nak besar mana nak masak macam mana. Kira macam korang pergi seafood restaurant nak pilih ketam udang ikan dalam aquarium untuk dimasak. Haa macam tu lah. Faham dah sekarang?

Okay dekat Paris pulak, anjing lebih banyak daripada kids. Kesiannya. Agaknya warga tua ni suka bagi perhatian lebih untuk anjing kot instead of kids. Hee c(; dekat Tokyo pulak ada restaurant khas untuk anjing. Woaahhh hebat seh ! Anjing pun boleh makan dekat restaurant.

Kalau pergi wedding, biasanya kita bagi hadiah or duit kan dekat pengantin or parents pengantin tu. Kan kan? Tapi dekat Greek, tetamu tak bagi hadiah. Alolo kesiannya dia tak dapat hadiah. Sob sob :'( Ececehh, diorang memang tak dapat hadiah tapi tetamu akan pin duit dekat baju pengantin perempuan. Fuyoooo ! Bestnyaa ! Duit banyak boleh buat shopping :) Hihi

Okay sesi belajar ditangguhkan. Nanti kita sambung :) Dapat ilmu baru? Good, kalau dah tahu, at least kita refresh :) Take care :)

Thursday, December 30, 2010

Tahukah Anda? # Siri 2

Salam and hello readers :)

Dah baca Siri 1? Okay, itu fakta. Terpulanglah kalau awak nak percaya atau tidak. Saya cuma nak share je, berkongsi ilmu tak salah kan? :) So lets move on to Siri 2. Dalam siri 2 ni kita belajar tentang apa ya? Island, river and waterfall. That's it. Continue reading to get info okay?

# Siri 2

PULAU

1. Siapa tahu pulau apakah yang terbesar di dunia? Tak tahu? okay sekarang kita semua boleh tahu. Pulau terbesar di dunia is Greenland. Ia lebih 2,000,000km persegi(1,242,800 batu persegi). WOAHHHH O.O ianya hampir 10 kali ganda lebih besar daripada Great Britain. Pulau ini dilitupi oleh salji dan juga ais. WOAAAAAAAAHHH kali kedua.

SUNGAI

1. Yang ni saya rasa semua dah tahu kot sebab kita pernah belajar dekat sekolah dalam subjek Sejarah. Sungai terpanjang? Di dunia, bukan di Malaysia atau di Semenanjung Malaysia ya adik adik :) Okay, jawapannya adalah Sungai Nil ! Ia mengalir dari Central Africa 6670 km (4145 miles) dari utara ke Laut Mediterranean. Jika semua bengkokan ( I dont know how to explain. Sungai yang bengkang bengkok la kan) diluruskan, ia mencapai kira - kira satu per tiga jarak dari Kutub Utara ke Kutub Selatan. Fuyoooooooooo, panjangnyaaa ! O.O

AIR TERJUN

1. 'The Smoke That Thunders' Itulah nama Victoria Falls yang bersempadan antara Zambia dan juga Zimbabwe. Kenapa ya? Kalau nak tahu, kita boleh melihat semburan awan besar yang naik tinggi ke udara dari 32km (20 batu) sebelum kita boleh mendengar the thundering of woootahh(water@air) Fulamaaaak, macam seram je XDD Patut lah The Smoke That Thunders =='

Okay tu je nak kongsi. Semoga ilmu bertambah :)

Tuesday, December 28, 2010

Tahukah Anda? # Siri 1

Entri 'Tahukah Anda?' adalah entri permanent atau tetap dalam blog ini. Entri selingan yang memuatkan fakta menarik yang mungkin anda tahu atau mungkin juga anda tidak tahu. Ianya ringkas tetapi padat dengan ilmu. Oh ya, entri ini juga bersiri. Nak tahu lebih lanjut? Ikutilah setiap siri yang disiarkan di blog ini. Cecehh, macam nak promote drama TV je. HAHA c(; Enjoy lah ye :)

# Siri 1

Hari ni kita belajar tentang 'JUTA' Apa yang menarik sangat ni? Jum kita bongkar rahsia 'JUTA' Jeng jeng jeng :D

1. Tahukan anda berapa tebal sebuah buku dengan SEJUTA muka surat? Ha berapa? Jawab jawab. Siapa tak jawab kena rotan. Pap ! Haa padan muka, kan dah kena. Okay jawapannya adalah setebal 70M bersamaan dengan 23-tingkat bangunan pencakar langit. Woaah tinggi kan? Siapa laa nak buat buku setebal tu? -.-' tak habeh la den nak baco.

2. SEJUTA minggu yang lalu akan membawa kita kembali ke 17000 SM. Fuyoooo !

3. Awak tahu apa yang awak buat SEJUTA saat yang lepas? Rajin ke nak kira SEJUTA saat tu bersamaan dengan berapa hari, jam, minit, saat? Haa kalau nak tahu, SEJUTA saat yang lepas bersamaan dengan 11 hari, 20 jam, 4 minit, 4 saat. Siapa laa yang hebat mengira ni. =.=''

4. Kalau SEJUTA minit macam mana pulak eh? Ada siapa siapa tahu? Okay, SEJUTA minit pula sama dengan hampir 2 tahun. 1 tahun, 345 hari, 4 jam, 4 minit precisely.

5. SEJUTA tin kacang panggang akan mengisi kolam renang 25m x 13.5m dengan kedalaman 1.5m (82ft x 44ft x 5ft) Siapa sanggup berenang dalam kolam dipenuhi baked beans? Anyone? Hee x)


Okay itu saja fakta for today :) Semoga ilmu kita semua bertambah. Bye