Click it !

Showing posts with label Random and Others. Show all posts
Showing posts with label Random and Others. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

Cantik/Handsome :O

Assalamualaikum and hello readers :)

I've been complaining about so much things. Salah satunya 'cantik'. I selalu cakap, no not too often tapi akan jadi kerap bila muka I ditumbuhi rashes and all the alergic gatal gatal sampai merah muka sampai ada parut segala bila I salah makan. So orang yang selalu tadah telinga dengar I membebel of course lah si dia. Line yang selalu I guna 'Tengok muka saya. Tak cantik dah. Habis bijik bijik ni. Gatal pulak tu. Menyampah lah. Orang lain cantik je muka, bersih pulak tu' See. I use the word cantik. So dia akan reply 'Dah cantik dah. Saya tengok okay je. Tu lah siapa suruh degil tak jaga makan' Then I fikir, cantik ke aku? Ke dia ni saja nak jaga hati aku? Aku tengok orang lain lagi cantik je. Sometimes when all these questions keep coming and abuse my brain, I fikir lagi sampai 'Kenapa dia tak cari je orang yang lebih cantik? Kenapa dia nak stay dengan aku?' So I buat research yang tak berapa nak research sangat about the definition of CANTIK and HANDSOME.

A) CANTIK luaran (fizikal)

Cantik luaran adalah dambaan semua gadis, kakak, adik, mama, makcik, aunty, nenek, opah, mak tok dan semua lah. Senang kata, kalau dah namanya perempuan, pasti kita mahu kelihatan cantik secara fizikal. Tapi tak semua yang akan rasa 'Oh cantiknya aku. Hari hari nampak gorgeous mengancam tau!' Okay tak, itu over sangat. Tapi one thing yang I boleh jamin, setiap perempuan mesti pernah guna ayat ni 'Wow cantiknya dia. Orang kaya boleh lah shopping barang mahal mahal. Boleh lah dress up cantik cantik' Nampak beno ayat jealousnya. Blame diri sendiri sebab takda duit nak beli baju. kalau tak pun ayatnya macam ni 'Alaa orang cantik pakai apa pun cantik' sambil tak nak pandang sebab nanti jealous.

B) CANTIK dalaman

Cantik dalaman adalah kecantikan yang susah orang nak nampak. Maksudnya cantik dari segi etika, adab sopan, budi bahasa dan segala yang baik. Cantik dalaman bukan ada pada semua yang cantik luaran. Cantik luaran tapi kalau tak cantik dalaman maka tak cantik lah jadinya.

C) CANTIK harta

Cantik harta ni orang kata wow! Wow she's anak dato' :O Wow here wow there! Orang kata kalau cantik luaran cantik harta tu dah kira perfect lah. Macam cukup package lah kononnya. Siapa tak teringin to be cantik harta kaaaaan. Tipu lah kalau kata taknak. Cuba duit sejuta ada depan rumah hampa. Habaq mai iman hang bergoyang macam kena tiup ribut dak? Hampa ambil duit tu ka hampa buat tak tau ja ka? Haa habaq mai. Pikiaq tengok pikiaq.

D) CANTIK agama

Cantik agama cantik yang paling cantik dalam semua cantik. Cantik agama maknanya akhlaknya dijaga dengan baik, solatnya dijaga, amal ibadahnya juga terjaga, hubungannya dengan Allah, sesama makhluk, hubungan dengan alam juga dijaga. Maka dia cantik dari segi agamanya.

To finalize the definition of cantik, I terdiam, thinking... Aku dalam kategori cantik yang mana? Aku mahu cantik luaran, aku juga mahu cantik dalaman, aku mahu cantik harta tapi yang paling aku mahu, cantik agama. Tapi bagaimana? I fikir lagi, how to get all the cantiks maka otak I fikir lagi dan lagi sampai I dapat jawapan and I summarize the word cantik.

Semua manusia cantik in their very own ways. Bersyukur dengan rupa paras kurniaan Allah SWT, to avoid rasa down sebab muka tak cantik, think, think how mangsa simbah asid feels when they look themselves in the mirror. Get what I mean tak? Maksudnya dengan fikir macam tu, kita perlu bersyukur muka kita lebih cantik dari mereka. Bukan bangga tapi syukur kerana kita tak macam tu. Kalau tak puas hati juga, beli lah product 'SIMPLE' dari UK untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Okay tak, I saja nak promote facial product. LOL :P Cuba usha sikit orang yang cantik luaran tu dia cantik dalaman tak? Kalau tak berapa nak cantik, sila berkata dalam hati 'Aku lagi cantik' maka anda boleh bersyukur sekali lagi pada tuhan :) Cantik harta ni pada I bonus je. Tak perlu pun takpa :) So don't worry lah. Without cantik harta pun we can still look good whaaat :) And lastly, cantik agama. Nak cantik agama tak boleh dapat dekat salon kecantikan. Dapat dari keikhlasan hati kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. So I rasa I tak berapa cantik agama. Need to improve more on that lah :) Apa pun, cantik agama adalah cantik yang paling paling terpaling dimahukan oleh semua manusia. Habis pemahaman terabur. Marah cikgu BM I kalau dia baca. Susah payah dia ajar dulu tau :P

Maka dengan definisi cantik yang I buat, I takda alasan nak complain lagi pasal muka I. Memang padan muka sendiri sebab tak reti jaga makan. Nampak makanan sedap je bantai terus. Mari lah kita sama sama mencantikkan serta menghandsomekan agama kita. Tak payah bayar babes and dudes! Free je kot :)

Fikirlah begini, tak guna kalau cantik luaran tapi tak cantik dalaman. Lagi tak guna kalau diri tak cantik agama. Dari situ boleh buat kita tersedar, siapa diri kita.

P/S: Jika anda pembaca lelaki, sila tukarkan segala perkataan cantik dalam entri ni kepada handsome :) Okay chiao!

Sunday, October 30, 2011

Autocorrect isn't always correct

Salam and hello readers :)

I selalu terfikir kadang kadang teknologi bukan memudahkan. Some of it might memalukan and yeah it's funny. I laughed a lot reading some of the auto correct on high tech gadget like iPhone Android and else. Seriously saying, it happens around us. Kadang kadang tengok my friend kena memang rasa kelakar and kesian. Hahaha :D Here are some of the funny autocorrect I found.
This is the worst I guesss? :P
Okay maybe autocorrect yang dalam gambar - gambar ni dibuat - buat ke apa I pun tak tahu tapi yang pasti memang I LMAO :D

Friday, October 28, 2011

It's funny when...

Salam and hello readers :)

Been reading my blog drafts. Lots of 'em about 200? Yeah. Random stories happened around me. Yang kelakar yang serious yang pahit yang manis masin masam payau semua lah. Bila fikir semula, kelakar juga hidup aku. Kehidupan sekolah lah zaman gemilang setiap manusia. Jujur, we ended up thinking 'Alaa sekolah tak lah teruk mana pun. Enjoy je lebih' Sekarang umur pun dah 19 tahun. Tahun depan dah 20 :') Dewasa dah ni :O Okay bye :)

*Thought of sharing some info and experience masa pergi USS during Eid Adha this year. Yeah I know dah berlapok. Sorry la :D later eh?

That guilty feeling :O

Salam and hello readers :)

Okay I know I've been abusing my blog for quite some times. Yeah you know am lazy busy and what not. Am in my semester break. Alhamdulillah, cuti semester kali ni quite long. Almost 2 month I should say, no? Yeah, almost. So what did I do during my sem break? Nothing, ehhhhh? Literally I did nothing. Not working like others so no penny in my pocket so I can't go shopping. Sobs :'( I spent most of my time with my family at home. I bake a lot and my family blame me for gaining some weight. No you can't blame me :( Am innocent liddat ya know? hehe. And yes I did spent my time with the one who understand me the most :) Alhamdulillah :)

Actually, ada sikit rasa takut. Yela kan result dah nak keluar and all I can do is redha with whatever I'll get and still, pray for a better result :) Next semester will be another new challenge in my life. Tough I should say. Gotta deal with all the circumstances and everything around. Hopefully I can cope well to deal with my life. Ya la you can't run away from your prblem kan? It will hunt you. LOL :D
Okay dah, I miss my hommies actually. Been looking for some times to meet 'em :')

Take care people :)

Saturday, August 20, 2011

KFC vs Hotlink Hot Tix :D

Salam and hello readers :)

Deal of the month :D Craving for KFC? Buy 2 Hotlink Ramadhan Hot Ticket and you'll be enjoying a free om nom nomm nommm KFC
HOT HOT HOTLINK






Together we churp and get rewarded C:

Salam and hello readers :)

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Let's ChurpChurp

Sunday, August 14, 2011

Somebody call 911

Salam and hello readers :)



ohmai ohmai ! I just can't setop lafing you know ! Haaaa this vids makes me semput -.- oh I need my inhaler c(:

Sunday, August 7, 2011

Kau cakap apa sebenarnya? -.-

Salam and hello readers :)

Am pretty sure semua orang pernah mengalami salah faham while chatting with friend or siapa siapa lah kan. Here's the vids by AmanWan about salah faham berchatting. I personally think, he's one of the talented vlogger :) Enjoy :)

Monday, July 18, 2011

Incubus fan anyone?

Siapa minat band Incubus yang produce lagu tak pernah buat peminat dia kecewa? okay kipas susah meninggal band ni, mesti dah tau kan Incubus datang Malaysia :) Siapa siapa berminat nak pergi concert Incubus, sila baca.

Date: 23rd July 2011 (Saturday)
Venue: Stadium Negara, Kuala Lumpur, Malaysia
Prices: RM203 from 23rd May onwards, RM183 for Tune Talk subscribers
Tickets: On sale via Air Asia Red Tix
Hotline: +603 8775 4666

Sunday, July 17, 2011

Welcome back

Salam and hello readers,

Sorry lama sangat tak blog. Been busy and lack of ideas ya know? Alhamdulillah am still alive. Syukur :) Noting much to share, takda story pun. Sekarang mid sem break and am gonna spend some time with my family and friends of course :) okay, catch ya later.

Friday, February 11, 2011

A day with Naja

Salam and hello readers :)

Ini salah satu cara untuk keluar dari zon bosan tahap maksima yang berpotensi buat kepala pusing dan hampir gila. Nampak sangat tipu. Haihh =.='
Satu hari, Naja teringin pakai shawl, gambar - gambar di bawah menjadi bukti Naja pernah pakai shawl instead of tudung. Kenangan tuuuu. HAHA











Okay dah cukup sesi bergambar :)

Monday, February 7, 2011

Fahmi is my new pet



Yes, this is my Fahmi. What a lovely name. HAHA


NAME : MUHAMMAD HAFIZ FAHMI
NICK : FAHMI
AGE : UNDEFINE
PARENTS : UNDEFINE
ADOPTED BY : RAHSIA
SKILL : GYMNAST (JANGAN MAIN - MAIN)



Terima kasih, sekarang Patrick ada kawan nama Fahmi. Bye

Thursday, January 27, 2011

All in one

Salam and hello readers :)

Quick update,
1. Happy CNY :)
2. Happy Holiday
3. Happy Birthday Abang :)

Havva a blast day peeps ! Take care.

Sunday, January 16, 2011

Serious saya baru tahu,

Jakun tahu tak bila dapat tahu. Ish nak malu pun ye jugak ni, macam lambat gila tahu. Ish tak boleh jadi. Tapi takpa lah, better late than never kan? Mana lah tahu kot kot ada lagi orang yang tak tahu. kehkeh. Nak tahu ke apa? Alaaa malu laa, tapi nanti kang ada pulak orang ingat kita ni kedekut ilmu. Ceh ilmu la sangat. Tahu tak game snake? Alaa game ular dekat handphone tu. Tahu kan? Ingatkan game tu boleh main dekat phone je. Tak tahu pulak game tu boleh main dekat You Tube. Kalau nak main ikut step kat bawah ni.

1. Pause apa apa video at 0.00
2. Hold left arrow key on your keyboard
3. Press up key
4. Play the snake game dudeeeeee !

Selamat mencuba ye kawan kawan :)

Saya baru tahu jadi saya jakun, ye saya jakun 5 minit. Okay bye, saya nak sambung study physics sebenarnya ni. Hihi xD

Thursday, January 6, 2011

Ohh intai intai pulak dia

Salam and hello readers :)

Dulu blog ni banyak entry, beratus ratus. Yelaa rajin sangat blogging since zaman sekolah. Bahasa pun rojak. Sekejap English sekejap in Bahasa sekejap Manglish(Malaysian English). Then privatekan. Haa takda orang boleh baca. Dah private jadi lagi teruk. Blog hibernate. Lama jugak tak update. Sekarang dah tak private, update pun if possible nak hari hari. HAHA Followers jangan cakap, memang takda. So what I expected since beginning is takda orang baca blog ni kecuali closed friend. HAHA Kenapa ye? Sebab I tak bagitahu I got blog, kalau orang tanya baru bagitahu. Ecehh mengada gitu >.< Tapi kan, ada orang mengintai. Alolo comelnya dia :) HAHA Followers kat tepi tu 40 je so rasanya tak la ramai yang baca blog ni. Tapi bila check, ramai jugak yang jadi stalker ni. Beratus ratus. Alaa awak ni, jangan la malu malu, comel sangat la awak ni. HAHA Anyway, terima kasih sebab ada jugak yang baca blog buruk bosan saya ni. Terharu I. HAHA

Ada orang tanya tanya resepi, nanti I post eh. Sekarang nak tidur, bye ! :)

Tribute buat sahabat

Salam and hello readers :)

Ni nampak sangat nak balas dendam tak dapat blogging. Hihi sebab tu banyak new entry. *Okay tukar mood jadi sedih pulak* Kelmarin, 4 January 2011, birthday my bestfriend tapi dia telah kembali ke rahmatullah pada 2 August 2009 due to an accident. Walaupun dia dah takda, semangat dia masih dengan saya dan rakan rakan seperjuangan yang lain :') Al - Fatihah buat arwah Muhammad Shakir Bin Abd Shukor. Semoga ditempatkan bersama orang orang beriman dah dicucuri rahmat. Al - Fatihah :')


R.I.P. my dear bestfriend, I'll take a good care of our so called pet, Patrick. Aku bawak pergi Penang tau :) Aku rajin bersihkan Patrick :') Patrick senyum macam kau. Okay dah, aku cakap sorang sorang. Bye take care :)

Jagalah insan tersayang ( family dan rakan rakan and boyfriend/girlfriend *kalau ada la*)selagi anda mampu :')

Wednesday, January 5, 2011

Announcement

Salam and hello readers :)

Acecehh, title mengada macam ada je yang baca blog ni. HAHA Nak bagitahu sekarang dah tak boleh nak update blog daily. Bukan sebab kemalasan menular dalam blood vessel tapi sebab kesibukan yang melanda diri. Biasa lah bila dah start sem semua busy. Takdanya nak mengadap laptop 24/7 macam selalu. Assignments and all. So ampun maaf dipinta :) Havva blast day peeps ! Take care :)

Monday, January 3, 2011

bagaimana hari anda?

salam and hello readers :)

blog saya mengalamai proses hibernasi buat sementara waktu. Harap maaf. Ada banyaaaak cerita nak share tapi takda masa. Ni pun update blog tru phone ==' alhamdulillah dekat Penang ni belum lagi timbul masalah besar yang memerlukana pakar untuk menyelesaikannya. Ecehh ayaaaat ! Haha. Fuhh serious penat semalam. Macam macam hal nak kena tempuh. Hari ni first day lagi best, asyik kena bahan dengan lecturer math. Teruk betul lah. Bel pulak dapat lecturer extra fun. Bercakap tak henti sampai kitorg takda chance. Tapi takpa, dia besssst ! Baru first class dah plan macam macam nak pergi buat lawatan bagai. Woaaahh, memang best lah lecturer tu. Bab rumah sewa pun syukur alhamdulillah tak banyak masalah :) hari ni baru 3 January, agak agak sempat tak nak wish happy new year? Haaa? Tak sempat? Okay fine ! Nak jugak ! HAPPY NEW YEAR EVERYONE ! Semoga apa yang dihajati akan termakbul and hopefully, this year will bring lotsa joyful to you, your family and friends :) okay nak type panjang pun takda masa. Class dah nak start. Take care people :)

eh eh lupa, happy belated birthday to Encik Abd Shukor, my cikgu sekolah rendah :) semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki :) okay dah, nak type panjang berjela jela memang tak sempat. Haha bye :)

Friday, December 31, 2010

Macam ni memang best

Salam and hello readers :)

Pernah tak tiba - tiba tak happy, macam tak pasal - pasal stress sebab perkara yang tak munasabah? Okay, I think I stress sikit sebab macam kena push dengan orang sekeliling. Got lotsa text saying about the same thing, call talking about same issues. Being forced by others. Oh my, I AIN'T A TOY. I know what I'm doing and I know whats best for me. I know how to make a right decision. Don't bother me for something that really doesn't make any sense. Okay so bila stress apa I buat? Biasanya I makan chocolate, at least 2 bars. Lepas tu boleh la juga melayan lagu lagu yang mengasyikkan atau tengok cartoons ! Suka tengok Tom and Jerry tak? Best kan best kaann? Kan kan? *okay dah terexcited* ==' Kalau tak tengok cartoons or makan chocolate, I suka tgk funny vids dekat YouTube(YT). Yang ni jalan terbaik untuk reduce stress. Serious I tell youuuu. Dalam banyak banyak funny vids dekat YT, I paling suka tengok 'baby sleeping' I suka kids, harap maklum lah ye xD

Kalau tengok funny vids, stress pun takut nak datang, aman duniaku, jarang jarang stress melawat diriku. Alhamdulillah :)

Tadaaaaaaaa,



Vids ni kalau tak stress pun i tengok especially kalau I tengah bosan. HAHA
Anak siapa yang comel sangat ni? geram betul lah. Grrr


Sekarang stress lagi tak? tak kan tak kan?? Siapa stress tengok video ni saya sarankan anda bertemu pakar, mungkin anda mengalami gangguan emosi yang sangat extreme. Bye !

Thursday, December 30, 2010

Sebiji Bola

Salam and hello readers :)

Hanya kerana sebiji bola manusia bertelagah. Hanya kerana sebiji bola, manusia bertengkar. Hanya kerana sebiji bola, manusia hilang pertimbangan. Hanya kerana sebiji bola, manusia hilang kewarasan. Hanya kerana sebiji bola, emosi bercelaru. Hanya kerana sebiji bola, timbul perbalahan. Hanya kerana sebiji bola, timbul isu kewarganegaraan. Hanya kerana sebiji bola, jiwa gundah gulana. Hanya kerana sebiji bola, para ibu meninggalkan tugas di dapur. Hanya kerana sebiji bola, para bapa melekat di kaca TV. Hanya kerana sebiji bola, anak bujang hilang dari rumah. Hanya kerana sebiji bola, anak gadis hilang keayuan. Hanya kerana sebiji bola, suara hilang entah ke mana. Hanya kerana sebiji bola, duit poket berkurangan. Hanya kerana sebiji bola, tak pasal pasal mamak untung extra satu malam. Hanya kerana sebiji bola, berkurangnya pengguna Facebook. Hanya kerana sebiji bola, statistik status di Twitter bertambah (dalam masa 5 saat, berpuluh - puluh update baru akan terkeluar). Hanya kerana sebiji bola, drama - drama yang disiarkan di kaca TV tidak mendapat sambutan hangat. Hanya kerana sebiji bola, rakyat Malaysia menjadi begitu patriotik buat seketika. Hanya kerana sebiji bola, tiada topik lain yang hangat diperdebatkan selain bola. Hanya bola. Hanya kerana sebiji bola juga lah, saya buat entri ini.

TAHNIAH HARIMAU MALAYA !



nak tambah lagi, hanya kerana sebiji bola, ada yang bertanya 'Eh Khairul Fahmi tu single lagi tak?' ==' hampeh betul.


Gila siot trending topic dekat Twitter semalam. Dasyat dasyat =='