I've been complaining about so much things. Salah satunya 'cantik'. I selalu cakap, no not too often tapi akan jadi kerap bila muka I ditumbuhi rashes and all the alergic gatal gatal sampai merah muka sampai ada parut segala bila I salah makan. So orang yang selalu tadah telinga dengar I membebel of course lah si dia. Line yang selalu I guna 'Tengok muka saya. Tak cantik dah. Habis bijik bijik ni. Gatal pulak tu. Menyampah lah. Orang lain cantik je muka, bersih pulak tu' See. I use the word cantik. So dia akan reply 'Dah cantik dah. Saya tengok okay je. Tu lah siapa suruh degil tak jaga makan' Then I fikir, cantik ke aku? Ke dia ni saja nak jaga hati aku? Aku tengok orang lain lagi cantik je. Sometimes when all these questions keep coming and abuse my brain, I fikir lagi sampai 'Kenapa dia tak cari je orang yang lebih cantik? Kenapa dia nak stay dengan aku?' So I buat research yang tak berapa nak research sangat about the definition of CANTIK and HANDSOME.
A) CANTIK luaran (fizikal)
Cantik luaran adalah dambaan semua gadis, kakak, adik, mama, makcik, aunty, nenek, opah, mak tok dan semua lah. Senang kata, kalau dah namanya perempuan, pasti kita mahu kelihatan cantik secara fizikal. Tapi tak semua yang akan rasa 'Oh cantiknya aku. Hari hari nampak gorgeous mengancam tau!' Okay tak, itu over sangat. Tapi one thing yang I boleh jamin, setiap perempuan mesti pernah guna ayat ni 'Wow cantiknya dia. Orang kaya boleh lah shopping barang mahal mahal. Boleh lah dress up cantik cantik' Nampak beno ayat jealousnya. Blame diri sendiri sebab takda duit nak beli baju. kalau tak pun ayatnya macam ni 'Alaa orang cantik pakai apa pun cantik' sambil tak nak pandang sebab nanti jealous.
B) CANTIK dalaman
Cantik dalaman adalah kecantikan yang susah orang nak nampak. Maksudnya cantik dari segi etika, adab sopan, budi bahasa dan segala yang baik. Cantik dalaman bukan ada pada semua yang cantik luaran. Cantik luaran tapi kalau tak cantik dalaman maka tak cantik lah jadinya.
C) CANTIK harta
Cantik harta ni orang kata wow! Wow she's anak dato' :O Wow here wow there! Orang kata kalau cantik luaran cantik harta tu dah kira perfect lah. Macam cukup package lah kononnya. Siapa tak teringin to be cantik harta kaaaaan. Tipu lah kalau kata taknak. Cuba duit sejuta ada depan rumah hampa. Habaq mai iman hang bergoyang macam kena tiup ribut dak? Hampa ambil duit tu ka hampa buat tak tau ja ka? Haa habaq mai. Pikiaq tengok pikiaq.
D) CANTIK agama
Cantik agama cantik yang paling cantik dalam semua cantik. Cantik agama maknanya akhlaknya dijaga dengan baik, solatnya dijaga, amal ibadahnya juga terjaga, hubungannya dengan Allah, sesama makhluk, hubungan dengan alam juga dijaga. Maka dia cantik dari segi agamanya.
To finalize the definition of cantik, I terdiam, thinking... Aku dalam kategori cantik yang mana? Aku mahu cantik luaran, aku juga mahu cantik dalaman, aku mahu cantik harta tapi yang paling aku mahu, cantik agama. Tapi bagaimana? I fikir lagi, how to get all the cantiks maka otak I fikir lagi dan lagi sampai I dapat jawapan and I summarize the word cantik.
Semua manusia cantik in their very own ways. Bersyukur dengan rupa paras kurniaan Allah SWT, to avoid rasa down sebab muka tak cantik, think, think how mangsa simbah asid feels when they look themselves in the mirror. Get what I mean tak? Maksudnya dengan fikir macam tu, kita perlu bersyukur muka kita lebih cantik dari mereka. Bukan bangga tapi syukur kerana kita tak macam tu. Kalau tak puas hati juga, beli lah product 'SIMPLE' dari UK untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Okay tak, I saja nak promote facial product. LOL :P Cuba usha sikit orang yang cantik luaran tu dia cantik dalaman tak? Kalau tak berapa nak cantik, sila berkata dalam hati 'Aku lagi cantik' maka anda boleh bersyukur sekali lagi pada tuhan :) Cantik harta ni pada I bonus je. Tak perlu pun takpa :) So don't worry lah. Without cantik harta pun we can still look good whaaat :) And lastly, cantik agama. Nak cantik agama tak boleh dapat dekat salon kecantikan. Dapat dari keikhlasan hati kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. So I rasa I tak berapa cantik agama. Need to improve more on that lah :) Apa pun, cantik agama adalah cantik yang paling paling terpaling dimahukan oleh semua manusia. Habis pemahaman terabur. Marah cikgu BM I kalau dia baca. Susah payah dia ajar dulu tau :P
Maka dengan definisi cantik yang I buat, I takda alasan nak complain lagi pasal muka I. Memang padan muka sendiri sebab tak reti jaga makan. Nampak makanan sedap je bantai terus. Mari lah kita sama sama mencantikkan serta menghandsomekan agama kita. Tak payah bayar babes and dudes! Free je kot :)
Fikirlah begini, tak guna kalau cantik luaran tapi tak cantik dalaman. Lagi tak guna kalau diri tak cantik agama. Dari situ boleh buat kita tersedar, siapa diri kita.
No comments:
Post a Comment