Click it !

Friday, December 24, 2010

I'm gonna teach you how to

how to how to how to how to....

Okay hi ! Salam and hello readers :)

(Saya ajar budak UiTM sahaja. Tapi kalau sama ikut lah)

Anda seorang pelajar universiti? Masih belum menjelaskan yuran pengajian? Tidak tahu bagaimana caranya? Perlu bayar sendiri? Tanpa bantuan siapa - siapa? Oh bagaimanakah caranya? Baru pertama kali anda perlu melakukan ini sendirian? Okay mari belajar. Ikut step by step :)

Kaedah 1 : Bayar di kaunter Bank Islam. Bagaimana ya?

* awak pergi dekat sini, masukkan nombor pelajar, tekan button 'masuk'. Nanti awak akan nampak macam ni ye dekat skrin laptop / pc awak



Apakah langkah seterusnya? Sila lah click 'bil pelajar' seperti yang saya highlightkan dalam gambar atas. Faham tak semua? Tak faham angkat tangan ye, nescaya tidak ada siapa siapa yang akan membantu anda kerana tiada siapa pun nampak awak angkat tangan. HAHA kesian awak kan. Apa laa lain kali tak faham tanya, bukan angkat tangan. Okay dah jum sambung belajar. Dah click buat apa pulak?

Bila dah click, awak akan nampak senarai bil, jumlah bil dan juga status bayaran yuran pengajian. Okay part ni, awak pergi click dekat 'No. Bil' yang berwarna biru (itu maksudnya awak belum menjelaskan bayaran) Bila awak click yang tu, nanti akan terpampanglah sebesar tidak so called resit ke apa. Macam ni rupanya :



Okay, print benda ni. (yang dibulat- bulat tu penting ye) Simpan dalam bag elok - elok pergi Bank Islam berdekatan. Bila dah sampai bank, SILA AMBIL NOMBOR GILIRAN. Kalau tak ambil memang sampai bila pun tak bayar yuran tu. =='


Sila duduk, anda akan dilayan sebentar lagi, terima kasih :)


Lepas tu awak pergi dekat tempat yang orang selalu isi form tu kan. Tahu tak? Yang ada banyak kertas pastu ada pen tu? Tahu kaan? Okay pandai dia. Anak siapa laa ni. Awak ambil kertas yang tulis SLIP PEMBAYARAN BIL/BILL PAYMENT SLIP. Isikan borang tersebut selengkapnya. Haa mana kertas yang saya suruh awak simpan elok - elok tadi? ada lagi tak? Haa kalau takda esok tangan putus. kihkih >.< Okay, kertas tadi tu sebenarnya sebagai rujukan sahaja. Isi slip tu macam ni ye kawan - kawan :


Ya saya tahu, tulisan saya memang buruk compang camping teruk sekali rupanya


Lepas isi, sila duduk diam - diam di kerusi empuk yang telah disediakan pihak bank sehinggalah nombor anda dipanggil. Bila dipanggil, tunjuk je slip tadi tu lepas tu tayang duit. *Ecehh kaya la tu* Nanti ada orang bank tu buat kerja dia sikit la kan. Okay step terakhir memang sadis. Serious macam nak menangis. Baik awak stand by tisu 10 kotak. Cepat cepat ! Saya nak tisu Royal Gold *sempat lagi nak demand dekat sini*
Okay dalam kiraan tiga, bersedialah untuk mengucapkan kata - kata terakhir buat duit wangimu sebelum ianya ditukar tangan.*cepat cepat bukak lagu Jangan pisahkan* satu, dua, tiga ! Byee babyku *sambil nangis sedu sedu*

Okay pihak bank akan cop slip tadi tu dan awak boleh pulang ke rumah dengan perasaan sayu. Sayu atau lega? Pilihan di tangan anda :) Okay tu je. Senang kan? Dua hari kemudian, sila ke laman web tadi untuk semak status bayaran samada telah dikemaskini atau belum.


Kaedah 2 : Bayar tru machine ATM Bank Islam

Dengan hanya tiga, tiga ya kawan - kawan, tiga. Tiga langkah mudah, anda boleh menjelaskan yuran. Cik Fero, yang ini macam mana pula caranya ya? Okay begini ya. Perhatikan.

Mula - mula pilih Menu > Lain > Pembayaran Bil / Yuran IPT
Lepas tu, masukkan > No. Kad Pengenalan Pelajar
Lepas tu lagi, pilih > Bil Anda & > Masukkan Amaun Yang Betul
Last sekali, SILA SIMPAN RESIT AWAK YE :)

Ada cara lain tak? I malas la you nak keluar - keluar ni. Panas tau. Cuaca sekarang ni bukan menentu sangat. Kejap panas kejap hujan. Bila jadi macam ni, BERHENTI MEMEBEBEL dan sila lah ke sini.

Kaedah 3 ini dipanggil pembayaran melalui perbankan internet. Begini caranya :

Kalau nak guna kemudahan ini, awak mestilah pemegang akaun individu
Bank Islam dan telah mendaftar sebagai pengguna bankislam.biz. Kalau tak, tak boleh. Harap maklum.

1. Layari www.bankislam.com.my
2. Klik butang "Login How" pada logo bankislam.biz dan tekan "OK".
3. Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki bankislam.biz.
4. Pilih "Bill Presentment" pada bahagian "Bill Payment".
5. Pilih "Universiti Teknologi MARA" pada bahagian senarai penyedia perkhidmatan.
6. Klik butang "Next". Skrin berikutnya akan menunjukkan senarai Bil yang perlu dijelaskan oleh pelajar.
7. Pilih Bil yang hendak dibayar. Klik butang "Pay". Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran seperti nama pelajar, nombor pelajar, nombor bil dan amaun yang perlu dibayar.
8. Pilih sumber akaun untuk membuat pembayaran.
9. Klik butang "Pay" untuk meneruskan pembayaran. Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran yang hendak dibayar sebelum pengesahan dibuat.
10. Klik butang "Confirm" untuk mengesahkan pembayaran atau sebaliknya. Skrin pengesahan pembayaran akan dipaparkan beserta nombor rujukan.
11. Pelanggan adalah dinasihatkan untuk mencetak pembayaran yang telah
dibuat sebagai rujukan.


Okay itu sahaja TIGA langkah mudah. Saya pilih langkah 1, awak pula bagaimana?
Selamat membayar yuran :)

20 comments:

  1. Salam. Sy mahu bertanya, sy pelajar sem pertama dan akn masuk ke sem kedua, tetapi sy tidak meminjam ptptn. Bagaimana cara yg sesuai utk sy membayar yuran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak bayar je guna atm tu. senang. btw saya pun pelajar sem 1 nak masuk sem 2. ke awak ni pelajar sem 1 yg intake november?

      Delete
    2. Bila bil akan keluar ye? Sebab saya pon mengalami situasi macam ni .. Boleh cek memlalui student portal tak?

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. yeah dpt pun bil bayaran konvo..thanks :)

    ReplyDelete
  3. kalau xde akaun bank islam tp pinjam kad member guna atm boley ke??

    ReplyDelete
  4. SALAM KAK .SAYA NAK TANYA ID STUDENT YANG MANA SATU ? SAYA MASUKKAN NO.PELAJAR TAK BOLEH PULAK .

    ReplyDelete
  5. bila saya buka jadi yang ni --> https://myfinancial.uitm.edu.my/new/ <-- so macam mana nak login?????

    ReplyDelete
  6. Kalau kad selain bimb (cth: cimb), boleh ke buat payment kt atm bimb??

    ReplyDelete
  7. Kalau nak bayar borang elektrik pon guna kaedah Yang sama ka?

    ReplyDelete
  8. salam.kalau saya da byr yuran bolehkan saya nak cetak bil pelajar seperti di atas??

    ReplyDelete
  9. Salam. Kalau bayar secara online tu, sama ada kita cetak pembayaran yg telah dibuat tu cetak dari website bank islam atau dari uitm?

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Saya guna mesin atm tapi kalau resit pembayaran dh terbuang nakk buat macam mana

    ReplyDelete
  12. Hi sy nak tnya kalau pelajar baru bleh byar d kaunter bank ka?

    ReplyDelete
  13. hi sy nak tanya kalau kita bayar guna cdm ja bolehkah

    ReplyDelete
  14. PELUANG PINJAMAN !!!
    Anda tidak terlalu muda untuk memulakan empayar dan tidak terlalu tua untuk memulakan impian baru. Mimpi tidak menjadi realiti melalui sihir; ia memerlukan peluh, tekad dan kerja keras. Dapatkan pinjaman dari kami hari ini untuk membantu membawa anda ke dalam kebebasan kewangan baru anda. Untuk maklumat lanjut tentang cara memohon, Pm saya atau Email @: hemphillprivatefunds@gmail.com atau Whatsapp: 1 213 433 3059

    ReplyDelete
  15. no akaun bill tu no akaun uitm ke??

    ReplyDelete
  16. Jadi kalau nk bayar online guna bankislam. biz tu mesti guna acc bank islam pelajar sendiri lh ye? Tak boleh ek kalau guna acc bank islam parent, bayar online?

    ReplyDelete