Click it !

Tuesday, December 21, 2010

Sick Selasa VS Suhh-weeett Shukulat

Salam and hello readers :)

Manis betul hari ni. Sedap dan nyaman rasanya bila tekak dijamah dengan rasa manis penuh kasih sayang tidak terhingga sampai tekak sakit *batuk batuk* Hambik kau makan lagi manis manis pastu nak blame siapa pun tak tahu. Blame yourself Fero, don't blame others. Okay fine, saya blame diri sendiri *muka hampa tokle blah* Akibat daripada extra kenyang semalam punya dinner maka hari ini perutku tidak gedik joget - joget minta diisi makanan. Baguih baguih, perut saaapo la ni haa. Tapi ada masalah bila si empunya perut mula gatal mulut nak kunyah - kunyah junk food. Tiba - tiba teringat masa dekat kolej sengaja buka puasa ganti sebab tak tahan tengok roommates makan biskut Lexus choc yang pembalut warna purple tu. lepas tu kena marah dengan Zana and Kak Yati sebab tak pandai kawal nafsu. Oh sungguh tidak bagus ye. Tak bagus. Faham tak? TAK BAGUS *ulang dengan nada extra serious tapi ayu*

So apa yang manis tapi sick di hari Selasa? Cehh triple S gitu. Okay, disebabkan perut tak mengada tapi mulut nak kena garu maka kaki melangkah gah ke dapur cari junk food sebab semalam dengar adik berdua tu kata diorang beli Corntoz. Kakak mereka yang seorang ni, bukan penggemar junk foods tetap menggeledah daput demi mendapatkan sesuap Corntoz *sadis gila ayat* Dengan berkat usaha yang gigih maka Corntoz mini pack menjadi habuan. Curi - curi bawa masuk bilik makan sorang - sorang sambil tengok video kat Youtube. Done, buuurrp. Alhamdulillah :) Okay sekarang dah kenyang layan nafsu makan. Tiba - tiba Mama panggil, alamak mesti kantoi aku curi Corntoz. Konon cuak ahh en kena panggil. Buat muka cool jumpa Mama. Rupa - rupanya dia nak bagi chocolate. OH MYYY :DDD cokelat cokelat. Dapat la semangkuk besar seorang. Apalagi, sebelum cokelat aku dikebas oleh pihak ke tiga which is beradik yang lain, maka lebih afdhal aku simpan dalam bilik buat makan jadi supper lah kononnya. Supper makan cokelat? Apakah? Sejak bila? Okay dah diam.

Nafsu makan cokelat tidak dapat ditanggung lagi kerana pembalutnya yang comel momel tu buat aku nak koyak - koyak pastu telan. Saya si pemakan cokelat tegar mula mengunyah tanpa halangan. Kunyah punya kunyah tiba - tiba terfikir. Eh, ni cokelat rendah lemak ke tak? * saya memang cerewet bab makan makan ni* Mesti nak extra baguih. Pastu terus stop terus panik terus capai laptop terus search pasal cokelat maka inilah dia yang akan dikongsi bersama penggila cokelat sekalian alam


KEBAIKAN CHOCOLATE :


# Ingin panjang umur? *gaya iklan dalam TV* Makan lah coklat kerana coklat ternyata berkhasiat membuat umur seseorang menjadi lebih panjang instead of saya menggunakan perkataan keji seperti, anda akan lebih tua. Faham tak?

# Coklat boleh membantu dalam mencegah penyakit kanser dan sakit jantung. Hal ini demikian kerana *cehh ayat perlu laa macam nak buat karangan sekolah menengah* coklat kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols.

# Ingin tampil anggun dan muda? Marilah beli coklat. Dah beli kena makan sebab coklat boleh membantu mencegah penuaan.

# Selain menggunakan aroma therapy yang gila nyaman baunya ditambah pula dengan lampu romantic beserta angin sepoi sepoi aircond dalam bilik yang mampu buat anda TENANG sampai kepala lentok - lentok, * mood nak tidur la ni kaan* perkara wajib aku buat 10 minit sebelum tidur sebab nanti masa nak tidur bilik tu sejuk bau wangi - wangi pastu gelap romantic sumpah lena betul aku tidur. Okay dah keluar topic, makanlah coklat kerana ia mampu buat anda rasa TENANG instead of kau buat macam aku dah explain kat atas tu kan. Nampak tak apa yang aku cuba relatekan? Okay fine kalau tak nampak =='

# Coklat mampu menurunkan tekanan darah. Biasa lah tu, bila seteres meres ni, tekanan darah mula lah naik mendaki tinggi menggunungkan especially time nak dekat final pastu gaduh dengan boyfriend ke apa kan. Konklusinya, makanlah cokelat eh awak *puppy face sambil kenyit mata*

# Coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang orang ramai cakap ye. Eeee nampak sangat nak boikot kan? Kan kan? Baik mengaku. Tipu dosa.

# Coklat juga boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Jum lawan bakteria jahat ! Ia boleh kurangkan jangkitan selesema ye tuan puan :)

# Cokelat warna hitam *sounds geli je kan, gedik betul* hoih peberet aku tau dark chocolate, pahit - pahit manis instead of hitam manis. Pernah dengar tak lagu yang hitam manis yang hitam manis. Okay dah diam. Okay dark chocolate ni boleh bantu menghalang penyakit Alzhemier's dan Osteoporosis. Amalkan lah ye :)

# Coklat tidak menggemukkan ye, so awak awak yang suka makan cokelat tu, makan sahaja ye tapi jangan biar terlebih makan coklat sebab extra kalori yang tidak terbakar tu yang membuatkan anda debab comel *tak keji sangatkan ayat saya?*

# Bagi mokcik adik kakak, kalau tengah PMS tu, rajin - rajin lah kunyah cokelat sebab cokelat membekalkan magnesium yang diperlukan dalam badan.

# Okay yang last ni memang paling tak boleh belah, bagi yang berkahwin saya syorkan anda semua makan coklat atau mulakan hari anda dengan bau bau coklat panas sebab coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Ouch I maluuu nak type *buat muka comel sambil tutup muka, bodoh takda orang nampak muka kau* Coklat boleh dikatakan makanan untuk seks. -_______-''


gambar untuk santapan minda, biar korang teruja sikit

tak teruja? okay fine ! Bye !


saya tetap dengan perangai lama, nak beli chocolate mesti nak yang bagus bagus je. Low fat less sweet bagai. Dekat belakang pembalut tu kan ada nutritious fact, jadilah pengguna bijak ye ^.^

No comments:

Post a Comment