Hari ni saja mengada nak post cerita lama berkurun dah. Tengah mood romantic ni kan. Nak feel la sikit. Hihi >.< Ouch, maaalu I tau.
Masa kecil - kecil dulu berlagak, nak toys semua yang mahal berjenama je. Yang murah tak nak, tak best. Hebat sungguh pemikiran dan taste kanak - kanak. Bila dah besar sikit, jatuh hati padanya. Oh my, I love you. Birthday gift, asyik dapat dia je. Lepas tu mula jatuh cinta pula. Semua barang nak ada dia tu jugak. Tak pandang dah benda lain. Dari baju, kasut, pencil box, purse, pemadam, pembaris segala alat tulis tu lah, beg sekolah, lunch box ect. Name it, semua ada. Semua nak dia. Papa balik overseas pun, dapat dia. Whoaa, untung saya dapat barang dia yang tidak dijual di Malaysia. Pergi mana - mana nak dia. Jadi best friend dah. Bila masuk sekolah menengah, rasa sayu nak berpisah, so ambil keputusan untuk tak nak berpisah dengan dia. Jadi, kami pergi sekolah menengah bersama, tak hairan pun nak pergi sekolah bawak botol air dia sebab sekolah perempuan kot. HAHA Sampai umur saya 17 tahun, dah habis sekolah. Banyak sangat barang dia bersama saya sampai ada cabinet khas untuk letak dia dan barang - barang dia. Takpa, I setia you. Jangan main - main :D Bila dah besar gajah ni, eh tak, kecik sikit dari gajah, dah mula fokus benda lain. Mungkin yang lebih penting. Nak kekal bersama dia, kena ada tanggungjawab besar dan juga duit yang banyak. Saya mana lah kaya kan :'( Bila dapat tawaran ke universiti, saya terpaksa lupakan hajat untuk bersama dia. Oh sedihnya untuk berpisah. Sob sob *menangis sambil sedut hingus* Tapi jodoh kitorang ni memang panjang, saya pergi shopping dengan kawan saya, jumpa dia. Awwh awhh, excited tak fikir apa dah terus grab beratur dekat counter senyum lebar - lebar. Puas hati, dapat jugak bersama dia akhirnya :D Sampai lah suatu hari, saya dapat bertemu jodoh yang memang dah lama saya cari. Awhh awak lah buah hati intan payung berlian I, I saaaayang you sangat. Special sebab tak semua orang dapat. I'll take a good care of you my dear Barbie LE guitar :)
Okay saya baru perasan barang saya banyak jenama Barbie termasuklah keychain yang tergantungnya kunci rumah saya yang dibawa ke hulu ke hilir, jam tangan yang sekarang dah ada dua jenama Barbie *Bukan kids punye heh, orang dewasa punya. Rupa - rupanya saya memang tak boleh berpisah dengan dia. Barbie, I kipas susah mati you, you tahu tak? Mama cakap, nanti dah besar kerja bagus save sikit duit gaji untuk beli Barbie Collector Edition.*price range from RM 1++ to RM 1+++ or maybe moreeeeee. Lepas tu boleh tayang kat anak cucu sambil cerita dulu nenek begini begini begini. Faham tak? Okay tak faham sudah. Diam. =='
Okay sekarang nak tacing kejap, sedih sebab Barbie Collector Edition (CE) version Marylin Monroe dah takda. Ada orang dah beli, hampa sangat tak dapat. Hmmm :'(
No comments:
Post a Comment