Salam and hello readers,
Ramadhan hadir sekali lagi dalam hidup kita buat sementara waktu. Wishing every Muslims, Happy Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini memberi makna dalam diri :) Apa yang buat kita teruja sangat nak sambut Ramadhan ni? For me, solat terawih. Ini part paling teruja sebab setahun hanya sebulan sahaja dapat solat terawih. Bagi kaum hawa, mungkin tak kan dapat sebulan atas alasan uzur syar'ie. Berkongsi pengalaman terawih seorang diri memang sebak habis lah. Merantau ke negeri orang, dari selatan ke utara. First sem, itu lah first time sambut Ramadhan sendiri :( First sahur, ayahbonda kejut sahur through text and call. Meleleh air mata T.T Malam pertama terawih, meleleh juga air mata sebab takda ayahbonda. Selalu terawih sebelah bonda. Tadarus juga tanpa ayahbonda :( Makin meleleh la air mata.
Itu cerita pengalaman pertama sambut Ramadhan sendirian di tempat orang. Tahun ini, tahun kedua Ramadhan tanpa keluarga. Dah boleh terima lah hakikat :) Malam pertama terawih, tak dapat tahan sedih meleleh juga air mata. Pemurah betul dgn lelehan air precious tu. Apa apa pun, sekali lagi, Salam ramadhan buat semua umat Islam di muka bumi :) Sambut lah Ramadhan dgn penuh keikhlasan tanggungjawab dan ketaqwaan :) Kita tak pernah tahu bila ajal kita akan tiba, mungkin ini Ramadhan terakhir buat kita. Siapa tahu? Kejar apa yg patut selagi termampu :)
No comments:
Post a Comment