Click it !

Showing posts with label Foods. Show all posts
Showing posts with label Foods. Show all posts

Wednesday, May 30, 2012

Red Velvet for a lovely birthday man.

Assalamualaikum!

I bake this for my special one on his 20th birthday. 3 layer red velvet cake with chocolate ganache and cream cheese frosting.

Cream cheese. Very creamy very thick very yummy :)

Chocolate ganache. Rich in chocolate, sweetie sweet, creamy and yums! :D

On its way to look lovely.

Almost completed

Final result! Yay am happy :)


So, Happy Birthday dear :) Semoga perjalanan hidup dirahmati, diberkati dan sentiasa dalam lindungan Ilahi. I really hope our relationship akan terus berkekalan. InsyaAllah, dengan izin Allah, we'll be together one day. Pray for us, to be a better Muslims :) Amin.

Tuesday, April 24, 2012

Sharing My Happiness :D

Assalamualaikum!

Last week, ni last week punya cerita tapi baru hari ni ada kesempatan nak kongsi cerita. Takpa better late than never kan? Hehe :P So macam yang I dok promote promote 'Cadbury Share The Happiness' last week dekat Twitter. Ni ceritanya. Promotion ni menjual chocolate-chocolate Cadbury dgn harga yang lebih murah daripada biasa. Nama pun promotion. Tapi yang lagi seghonoknya sebab ada games and else. Macam mana nak main game game tersebut? Spend RM10 and above any Cadbury chocolate yang ada di sana. Tunjuk resit pembelian di kaunter kupon. RM10 = 1 kupon yang mempunyai 3 ruangan cop. So di sini telah dinyatakan dengan terang macam spotlight bahawa dengan satu kupon, anda boleh main 3 games! Yeay! :D Sebab excited, maka terspentlah RM30 plus plus. Dengan itu juga secara rasminya I mempunyai 3 kupon yang ada 9 ruangan cop! Woahhh excited lebih! Sebenarnya I spent around RM15 je tapi kawan I pun beli juga, so we decided to bayar in one bill lah :) Nah, makan lah gambar gambar :)

Ini gambar masa kali pertama I melawat Alam Fantasi Cadbury :P

Ni depan pintu masuk, jangan masuk kalau anda tahu anda kesuntukan masa -.- Dah masuk confirm lama. Tengok lah dekat mulut tu ada spoon ice cream -.- Tak senonohnya perangai.

Hello, kitorang pijak cekelet :P. Ini kali kedua I pergi :D

Arnab tu comel ke I yang comel? Haha :P

Ini Happiness Wall, kongsi kegembiraan korang. I dapat 3 free chocolate sebab tulis ayat power di Happiness Wall. Hihi maluwww >.<

Tadaaaa! Chocolate kitorang beli :)

Terserlah lah muka aku tengah fikir nak tambah chocolate ke nak bayar je terus? Ramai orang ni.

Caaak! Happynya muka dapat 3 kupon! Yeay yeayy! :D

Chocolate fountain besar punyaaaa! Aum! Nyums :)

Ini game 'LOL'. Korang kena ketawa sekuat hati sampai happy meter naik to the max level. Senang cerita korang ketawa je sampai menang -.- Mula mula main malu. Dalam hati, apa bangang beno kena ketawa sampai menang. Dari buat buat ketawa terus ketawa betul betul, tu yang menang tu :P Ketawa betul betul sebab masa dok main terasa diri ni bodoh main menatang tu :P Dah menang dapat lagi 2 chocolate free! Yeay! :D

Nyumsnyums! Cop kupon boleh makan ni free!

Macam ni :D

Sedar tak sedar, dah habis 2 kupon. Banyak lagi games and ada photo booth. So kitorg decide ambil gambar lagi best dari main game budak budak kecil. I save 1 kupon untuk photobooth :) So balik kedai sambung kerja sambil tunggu boyfriend fetch me from work :) Sebelum balik sempat paksa dia ambil gambar :P hihi

First picture, dia maluuu. I rasa I tak malu sebab hajat nak pakai telinga rabbit dah kesampaian. Excited pakai telinga rabbit maka pose juga haruslah seperti rabbit. I want him to wear telinga gajah sebab dia pakai baju warna grey tapi dia malu sangat -.-

Ini second picture, I jadi pewinncess >.< Awwhhh lol :p gedik much. Dah mula dah orang sebelah menunjukkan rasa tidak berapa malunya maka poyolah sekejap bersama topi di kepala. I rasa you better wear crown jugak lah. Kan ada yang prince punya.

Ini dalam kereta nak balik dah. Gambar ambil sorang satu. Apa apa pun I had so much fun masa tu :)

Wednesday, November 16, 2011

Resepi Puding Roti Kukus

Assalamualaikum and hello readers :)

Been craving for bread pudding sejak dua menjak ni. I don't know why. Teringat masa tumpang rumah Kak Jaja when I was in semester break sem 1 dulu :P Roti dah nak expired kita buat lah bread pudding. Expired dalam perut :P haha. So, semalam I buat lah bread pudding untuk hilangkan craving I ni. Mungkin ramai yang suka bread pudding yang bake tu but I prefer steam bread pudding sebab dia moist and melts in your mouth gituuu :) Mine is a bit different. I think lagi simple and jimat kot? :P What I mean by 'different' and 'jimat'? Okay check it out!

BAHAN - BAHAN (A) :

7 keping roti. *I guna roti Gardenia sebab texture dia mampat and tak loose macam roti lain.
350 ml susu cair.
1 tin peach slice(230ml). *Jangan buang sugar syrup dalam tin. We're going to use it okay? :)
2 biji telur ayam.
1 sudu teh esen vanilla.

BAHAN - BAHAN (B) :

2 sudu besar tepung custard. *Masa ambil tu jangan sampai berbukit nanti banyak sangat.
2 sudu besar susu pekat.
200 ml susu cair.
Sedikit coklat urai.

CARA - CARA UNTUK BAHAN (A) :

*Carik - carik kepingan roti dan susun dalam loyang.(Jangan guna semua roti)
*Potong peach slices menjadi dadu kecil.
*Sugar syrup di dalam tin jangan dibuang.
*Pukul telur, masukkan susu cair dan sugar syrup dalam tin tadi. Pukul hingga sebati kemudian masukkan esen vanilla.
*Tuangkan separuh ke dalam loyang hingga roti tenggelam.
*Taburkan separuh peach yg dipotong dadu tadi ke dalam loyang.
*Lapiskan sekali lagi lebihan kepingan roti.
*Tuang semua lebihan bahan yang dipukul tadi. Pastikan roti tenggelam.
*Tabur semua lebihan peach ke atas roti.
*Kukus sehingga masak.

CARA - CARA UNTUK BAHAN (B) :

*Campurkan susu cair dan tepung custard. Kacau sehingga hilang ketulan tepung. Pastikan sebati.
*Masukkan susu cair.
*Masak atas api yang perlahan dan sentiasa kacau. (Don't your dare tinggalkan mereka di atas api. Nanti diorang merajuk terus tak jadi uolls punya custard ni tau :P)
*Agak agak dia thick, tutup api. Alihkan ke tempat yang tak panas. Continue kacau. (Ingat! jangan sampai berketul ketul!)
*Tuangkan di atas permukaan puding yang sedang dikukus tadi.
*Tabur coklat urai.
*Agak - agak 3 minit, dah boleh tutup api.
*Biarkan puding roti kukus sejuk sendiri.

Okay dah siap! Dah boleh ngap! Om nom nom noms :D You'll taste the sweet yummy moist bread pudding with a bit sweet sour taste of peach added some good taste of the soft custard with melt chocolate taste at the very same time! It's so undeniably tasty! That's what I meant by 'different'. Yeayy ! :D And you 'jimat' la gula sebab dah guna syrup dalam tin peach tu :P hiks

*Susu cair yang digunakan tu I estimate je. I memang tak guna sukat sukat ni. You have to taste it by yourself. If you want to put more it's up to you :) For custard making tu, I adjust few times juga amount susu cair. Kalau agak agak to thick masa masak, add some more :) Kalau less rasa lemak lemak tu, add some more juga lah. That's how you play with the susu cair :)

Good luck trying! Hope you enjoy it with family and friends!

Sunday, October 30, 2011

Chocolate cheese sandwich

Salam and hello readers:)

Sem break ni memang am a full time baker dekat rumah. Petang tadi nak buat pavlova tapi bila fikir balik nanti tak tahu nak buat apa with the yolks so I bake some flower chocolate cheese sandwich. Mom and Dad going to Kota Tinggi today so I own the kitchen lah :P I thought nak bagi the recipe to the readers but tadi I came up with my own recipe without the exact sukatan and else so later I bagi okay :) So here are some of the photos :) Enjoy 'staring' at ze foodssss photo :P
Till then people :)

Sunday, August 14, 2011

Pizza Hut om nom nommm

Salam and hello readers :)

Ramadhan masih belum pergi,
Syawal belum bersedia untuk tiba,
Kita masih ada hari,
Untuk menikmati juadah berbuka.


Kalau McD ada 'McValue Berbuka' with great price, Pizza Hut juga tidak ketinggalan :D On this holy Ramadhan, Pizza Hut offers a great Ramadhan meal for 2 and meal for 4 with a super great priceeeee !

Apa yang Pizza Hut sediakan? Okay let's roger.

Citarasa Ramadhan 1

1 Regular Seri Kasturi Pizza
2 Mushroom/Chicken soup
1 Set garlic bread
I Hut's Platter
2 glass of Ramadhan Fizz

Enjoy this for only RM 37.80! Save up to almost RM20 :D

Citarasa Ramadhan 2

1 Large Seri Kasturi Pizza
4 Mushroom/Chicken soup
1 Set garlic bread
1 Hut's Platter
1 jug of Ramadhan Fizz

Enjoy this for only RM 58.80 ! Save up to RM20 ++ :DDD



Not really membazir aite, sekali sekala spent some monaayh on foooooodss :)
Mkana makan juga, ibadah lain jangan lupa :) Selamat berpuasa <3

Friday, August 12, 2011

Resepi Dory Sweet Sour

Salam and hello readers :)

Dah lama tak share resepi dekat blog. Hari ni kita tak main tepung or buar dessert macam dalam entri yang lepas. Kita main ikan kat dapur pula :) Ni mama punya simple resipi yang telah dialter oleh anaknya:D Campak campak ingredient dalam kuali siap satu lauk ngap ! Om nom nom nom Burrp perut buncit :O Okay jom.

BAHAN - BAHAN :

2 dory fish fillet (dipotong kecil kecil)
1 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
5-6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar * setengah dikisar setengah dipotong untuk masak
Sedikit halia
2 biji cili hidup
Sedikit air
Sos cili secukup rasa
Sos tomato secukup rasa
Gula secukup rasa
3-4 potong lemon

CARA - CARA :

* Campurkan serbuk kunyit, garam dan fillet. Gaul rata, ketepikan.
* Kisar bawang putih, bawang besar, halia dan juga cili bersama sedikit air.
* Goreng fillet tadi, ketepikan. *Goreng basah
* Tumis bahan kisar tadi dengan sedikit minyak yang menggoreng fillet tadi sehingga naik bau.
* Campur sedikit sos cili dan tomato.
* Masukkan bawang besar.
* Masukkan gula secukup rasa.
* Campurkan sedikit air.
* Masak sehingga kuah mendidih dan pekat.
* Masukkan fillet yang telah digoreng tadi, gaul rata.
* Perahkan potongan lemon tadi ke atas kuah. Kalau nak rasa lebih, perah lebih. Gaul rata.

Okay dah siap untuk dihidang :) Resepi ni memang sangat simple tak perlu banyak masa.

Selamat mencuba :)

Monday, August 8, 2011

Permohonan Maaf

Salam and hello readers :)

Saya memohon maaf sebab lama tak update column 'Recipe'. I'll update soon okay :) Nanti saya bagi resepi trifle pudding, macaroons, pavlova, and others :) Ada juga yang minta resepi tapi tak berkesempatan. Mohon maaf :)

Tuesday, January 11, 2011

Resepi Oreo Ice Cream Cake

Salam and hello readers :)

Sedapnya kalau waktu tengah hari yang panas terik sampai kering tekak dihiasi dengan something yang 'oh my, it melts in my mouth' Faham tak perasaan tu? Faham kan? Ngehehe. Nak tahu apa yang sedap sangat tu? Pehh memang heaven lah kalau dapat makan benda ni masa musim panas.

BAHAN - BAHAN :

Vanilla ice cream 1.5 L
Oreo/Cream-O 3 large pack
*Kalau tak nak manis sangat, guna Cream-O :)
Chopped almonds
Caramel syrup
Crashed corn flakes
*Bahan bahan di atas, ikut selera masing masing. Nak rasa lebih, letak banyak :)

CARA - CARA :

* Biarkan aiskrim half melt
* Hancurkan 2 packs of Oreo/Cream-O sampai halus.
* Campurkan chopped almonds, crashed corn flakes, crashed Orea/Cream-O*tinggalkan sedikit untuk topping* dalam mix bowl.
* Gaul rata kesemua bahan dengan aiskrim yang telah cair.
* Campurkan sedikit caramel syrup, *Jangan terlalu banyak nanti tak sedap*
gaul rata.
* Lapik dulang kek dengan plastik.
* Susun Oreo/Cream-O yang tak dipecahkan tadi which is the third pack di sekeliling dulang. Susun kemas cantik tau :D
* Tuang bahan yang telah dicampurkan tadi ke dalam dulang.
* Ratakan, hias dengan balance crashed Oreo/Cream-O dan juga caramel syrup.
* Bekukan selama satu hari.





SELAMAT MENCUBA :D

Wednesday, December 22, 2010

Malas jogging?

Tapi masih nak badan sihat?

Salam and hello readers :)

Okay dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Cewah, ayat tak boleh blah macam surat rasmi. okay dah, bukan masa untuk meleweh. Sebenarnya ada banyak option kalau nak sihat, bukan jogging je. Naik turun tangga pun kita boleh sihat sebab tu salah satu exercise. Cikgu saya masa sekolah dulu la yang cakap. Memang betul pun sebab dulu kalau tak sempat nak jogging selalunya naik turun tangga je kat rumah. Kalau pergi sekolah Ya Allah tingginya kelas aku, loteh nak mendaki. Kelas dekat Block D tingkat 3 then jauh semacam dari dewan. Memang hari - hari la exercise. Boleh burn kalori. Masa zaman sekolah dulu selalu jogging dengan Filzah and Faeez petang - petang kat area rumah. Rindu korang tiba- tiba. Okay tapi tu bukan point saya sekarang, kalau rasa malas nak jogging. Naik turun tangga pun sepuluh kali ganda malasnya, maka cari lah solution lain. Buat exercise dekat rumah macam ni :

Click sini.

Okay video tu pendek, kalau nak video panjang, beli lah Nestle Fitness >.< kihkihkih
Sedap tau, ada tiga choice, fruits, almonds and cereals kot. Masa dekat college selalu la makan :) Suka makan fruits and almonds tu. Another one tak pernah try pun. Kalau beli nanti dapat free fitness VCD tu. Ada dalam box dia. Tu je nak bagitahu :) Jaga makan, exercise, badan kita pun sihat :D Okay dah bye ! Nak keluar.



#Filzah and Faeez, bila nak jogging? I dah nak balik Penang dah ni. Sob sob :'(

Tuesday, December 21, 2010

Sick Selasa VS Suhh-weeett Shukulat

Salam and hello readers :)

Manis betul hari ni. Sedap dan nyaman rasanya bila tekak dijamah dengan rasa manis penuh kasih sayang tidak terhingga sampai tekak sakit *batuk batuk* Hambik kau makan lagi manis manis pastu nak blame siapa pun tak tahu. Blame yourself Fero, don't blame others. Okay fine, saya blame diri sendiri *muka hampa tokle blah* Akibat daripada extra kenyang semalam punya dinner maka hari ini perutku tidak gedik joget - joget minta diisi makanan. Baguih baguih, perut saaapo la ni haa. Tapi ada masalah bila si empunya perut mula gatal mulut nak kunyah - kunyah junk food. Tiba - tiba teringat masa dekat kolej sengaja buka puasa ganti sebab tak tahan tengok roommates makan biskut Lexus choc yang pembalut warna purple tu. lepas tu kena marah dengan Zana and Kak Yati sebab tak pandai kawal nafsu. Oh sungguh tidak bagus ye. Tak bagus. Faham tak? TAK BAGUS *ulang dengan nada extra serious tapi ayu*

So apa yang manis tapi sick di hari Selasa? Cehh triple S gitu. Okay, disebabkan perut tak mengada tapi mulut nak kena garu maka kaki melangkah gah ke dapur cari junk food sebab semalam dengar adik berdua tu kata diorang beli Corntoz. Kakak mereka yang seorang ni, bukan penggemar junk foods tetap menggeledah daput demi mendapatkan sesuap Corntoz *sadis gila ayat* Dengan berkat usaha yang gigih maka Corntoz mini pack menjadi habuan. Curi - curi bawa masuk bilik makan sorang - sorang sambil tengok video kat Youtube. Done, buuurrp. Alhamdulillah :) Okay sekarang dah kenyang layan nafsu makan. Tiba - tiba Mama panggil, alamak mesti kantoi aku curi Corntoz. Konon cuak ahh en kena panggil. Buat muka cool jumpa Mama. Rupa - rupanya dia nak bagi chocolate. OH MYYY :DDD cokelat cokelat. Dapat la semangkuk besar seorang. Apalagi, sebelum cokelat aku dikebas oleh pihak ke tiga which is beradik yang lain, maka lebih afdhal aku simpan dalam bilik buat makan jadi supper lah kononnya. Supper makan cokelat? Apakah? Sejak bila? Okay dah diam.

Nafsu makan cokelat tidak dapat ditanggung lagi kerana pembalutnya yang comel momel tu buat aku nak koyak - koyak pastu telan. Saya si pemakan cokelat tegar mula mengunyah tanpa halangan. Kunyah punya kunyah tiba - tiba terfikir. Eh, ni cokelat rendah lemak ke tak? * saya memang cerewet bab makan makan ni* Mesti nak extra baguih. Pastu terus stop terus panik terus capai laptop terus search pasal cokelat maka inilah dia yang akan dikongsi bersama penggila cokelat sekalian alam


KEBAIKAN CHOCOLATE :


# Ingin panjang umur? *gaya iklan dalam TV* Makan lah coklat kerana coklat ternyata berkhasiat membuat umur seseorang menjadi lebih panjang instead of saya menggunakan perkataan keji seperti, anda akan lebih tua. Faham tak?

# Coklat boleh membantu dalam mencegah penyakit kanser dan sakit jantung. Hal ini demikian kerana *cehh ayat perlu laa macam nak buat karangan sekolah menengah* coklat kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols.

# Ingin tampil anggun dan muda? Marilah beli coklat. Dah beli kena makan sebab coklat boleh membantu mencegah penuaan.

# Selain menggunakan aroma therapy yang gila nyaman baunya ditambah pula dengan lampu romantic beserta angin sepoi sepoi aircond dalam bilik yang mampu buat anda TENANG sampai kepala lentok - lentok, * mood nak tidur la ni kaan* perkara wajib aku buat 10 minit sebelum tidur sebab nanti masa nak tidur bilik tu sejuk bau wangi - wangi pastu gelap romantic sumpah lena betul aku tidur. Okay dah keluar topic, makanlah coklat kerana ia mampu buat anda rasa TENANG instead of kau buat macam aku dah explain kat atas tu kan. Nampak tak apa yang aku cuba relatekan? Okay fine kalau tak nampak =='

# Coklat mampu menurunkan tekanan darah. Biasa lah tu, bila seteres meres ni, tekanan darah mula lah naik mendaki tinggi menggunungkan especially time nak dekat final pastu gaduh dengan boyfriend ke apa kan. Konklusinya, makanlah cokelat eh awak *puppy face sambil kenyit mata*

# Coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang orang ramai cakap ye. Eeee nampak sangat nak boikot kan? Kan kan? Baik mengaku. Tipu dosa.

# Coklat juga boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Jum lawan bakteria jahat ! Ia boleh kurangkan jangkitan selesema ye tuan puan :)

# Cokelat warna hitam *sounds geli je kan, gedik betul* hoih peberet aku tau dark chocolate, pahit - pahit manis instead of hitam manis. Pernah dengar tak lagu yang hitam manis yang hitam manis. Okay dah diam. Okay dark chocolate ni boleh bantu menghalang penyakit Alzhemier's dan Osteoporosis. Amalkan lah ye :)

# Coklat tidak menggemukkan ye, so awak awak yang suka makan cokelat tu, makan sahaja ye tapi jangan biar terlebih makan coklat sebab extra kalori yang tidak terbakar tu yang membuatkan anda debab comel *tak keji sangatkan ayat saya?*

# Bagi mokcik adik kakak, kalau tengah PMS tu, rajin - rajin lah kunyah cokelat sebab cokelat membekalkan magnesium yang diperlukan dalam badan.

# Okay yang last ni memang paling tak boleh belah, bagi yang berkahwin saya syorkan anda semua makan coklat atau mulakan hari anda dengan bau bau coklat panas sebab coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Ouch I maluuu nak type *buat muka comel sambil tutup muka, bodoh takda orang nampak muka kau* Coklat boleh dikatakan makanan untuk seks. -_______-''


gambar untuk santapan minda, biar korang teruja sikit

tak teruja? okay fine ! Bye !


saya tetap dengan perangai lama, nak beli chocolate mesti nak yang bagus bagus je. Low fat less sweet bagai. Dekat belakang pembalut tu kan ada nutritious fact, jadilah pengguna bijak ye ^.^