Click it !

Tuesday, November 20, 2012

My trip to Legoland Malaysia!

Assalamualaikum!

Pheeewwww! I pergi Legoland weeks ago tapi hari ni baru berkesempatan untuk berkongi pengalaman. Hee sorry leee :) Okay not only kongsi pengalaman tapi nak share jugak some tips and else :) I pergi Legoland under free tix dapat from bf's daddy. Yeayy me! Haha so kami pun beronok ronok di sana seramai 9 orang. What a big family ey? First time masuk rasanya masing masing huru hara sekejap nak pergi sana nak pergi sini but than everything dapat manage dgn senang sebab kami sepakat! So kitorg bertujuh meninggalkan ibubapa dgn membawa haluan kami. Hehehe. Mumula tu biasa la jakun sikit nak ambil ambil gambar, nak try cabut lego kot kot tercabut, runtuh pastu boleh curi satu masuk pocket balik rumah framekan lego caption "kenangan di legoland". Haaa nampak sgt nipunye tu haaa. First activity kitorg naik train tgk pemandangan sekitar Legoland. Nanti dapat lah tgk KL, Taj Mahal macam macam lah. Around the world in a day w/o passport I must say! Yes.
Me and Kak Fira while waiting the cute train :)

Than our first game dekat I act don't remember the name -.-'' tapi dia Mummy. So what you need to do here is shoot the red or yellow circle/round as many as possible to get points! Mula mula I tak faham kenapa naik ride ada pistol depan kita than my bf was shooting dgn hebatnya all the way and I was like 'Apa kita kena buat dgn pistol ni? Nak tembak apa? kenapa sy takda markah? Kenapa markah awak banyak sangat?' Halfway dlm tu baru I dapat catch up kena buat apa. So slow ey :( Kesian. Nampaknya kena makan pati minyak ikan lebih sikit ni! Hehe.
Because I'm so slow -.- Only get 6000 points compared to his points! AMAGAAAD!
Abg Adam and Kak Fira's points! Lelaki memang hebat. OH maaan!

Lepas sesi tembak menembak kitorg pun pergi lah ke tempat paling tak berbaloi sekali dalam Legoland di mana kita kena angkat beban diri sendiri. At first I thought dia macam solero shot dekat genting tu sbb function dia sama cuma kita kena tarik tali supaya kita terangkat ke atas. Bila dah sampai atas, lepas tali nanti kita pun jatuh. Boleh la bajet mcm kat Genting sambil jerit AAAAAAAA Ya Allaaaaaahhh help me! lepas tu korang dicop crazy person sbb activity tak seram langsung! Not challenging except kena tarik tali tu. That! Unacceptable. Saakit tangan I merah merah. Wuuuu.
Ini lh dia game paling tak berbaloi. Nampak tak adik tu dh ready nak tarik tali. Hehe :P Goodluck dik :)
Accidentally met my ex schmate dekat SIGS. Ekin Idris. Sho Shomel!

Okay takpa, nak hilangkan sakit kitorg pun pergi watch 4D movie. Ini mcm dekat USS but USS punya waaaaaayyy better. Effect dia kaw kaw punya! Legoland punya tak seronok sgt but it's still entertaining :)
Tunggu lama sangat or am too excited? T.T

After 4D movie we continue with our next ride! The Dragon! Beratur panjaaaang sangat sampai boleh laa nak bergambar sampai habis bateri kat situ sementara tunggu turn. Roller coaster dia best, best part bila kita dah nampak camera so boleh stand by nak posing. Bila pose kena cun sikit supaya tak nampak sangat muka takut tu. Haha. Kitorg naik dua kali The Dragon ni. Second time tu dah tak ramai sgt sbb kitorg pergi ptg.
We are the King and Queen of the Dragolego Kingdom! Hahaha
My faithful knight. Heh
Uuuuuu ketak ketaknyeeee badan awaaaak!
Me and Alang posing with the Lego hero!
Some of the amaaaaaaazing legoooooossssssssss! Lepas tu kami pun menuju ke wet ride which again, I don't remember the ride. Get wet from head to toe! Totally had fun masa ni sbb beratur panjang tu sgt berbaloi. Tak boleh menjerit sbb curam sgt so dada mcm kena compress. lol but bila dh last last tu baru la nak buat fake scream. haha. Next! Lunch timeeeee! Bab makan memang takda hal sbb ada banyak pilihan makanan so you can choose nak makan apa w/ good price :) After lunch nak solat dulu. This is my gerun part when I first sampai di Legoland. I asked myself 'ada surau ke tak? or any prayer room?' Why? sebab USS DO NOT PROVIDE any prayer room. I was so mad masa trip to USS sbb hal hal ni lah. What I do masa dekat USS dulu, I beli mineral water, after habiskan air, I isi air paip in the bottle untuk memudahkan I ambil wudhu'. Than I had to find a clean place/space to perform my prayer. Waktu Zohor and Asar, I solat dekat open area tapi tempat tu tersembunyi and suddenly tgh solat, came the uncivilized guard dgn bongkaknya menghalau my family and I. Rude gila -.- Maghrib paling sedih sebab solat tepi tangga. Not an open area but the place is too small. Trip to USS paling entah apa apa. Memang la we had fun but the Agama part, sangat tak puas hati. So back to Legoland, I was so thankful sebab diorg provide 2 surau! DUA! Satu dekat entrance and another one dekat hujung belakang sana. So me and my bf perform our zohor dekat surau belakang. Nothing to worry about sbb surau bersih, selesa, tempat wudhu' dekat, everything complete. Terpulang pada diri sendiri nak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam ataupun nak bernok ronok sampai mati. Terpulang sebab semuanya datang dari hati kita :) Lepas solat kitorg teruskan ride naik Project X.
100% WET!
Wajah wajah rambut dan tudung serabut selepas solat. Surau takda cermin harap maklum and I'm too lazy to go to the toilet semata mata nak betulkan tudung and look perfect all the time. Blergh x/

Sangat best! I screamed all the way sampai my bf tegur. LOL :P Goneeeee my ayu side. Kantoi terus. Hahahaha. Lepas tu kitorg main air reramai boleh bajet naik bot sendiri siap posing posing bagai. Haha. It was fun! Haaa kitorg main dekat bomba. I tak tahu apa nama dia but the task is to padam the fire. Konon konon ada bangunan terbakar and kita sebagai ahli bomba kena padamkan api. Okay dekat sini kerjasama macam wonderpet sangat sangat sangat diperlukan untuk menang! Kitorg menang sebab tu berlagak sikit. Haaa :D Last tempat kitorg pergi dekat lego lego yg banyak country tu. Dekat situ just nak ambil ambil gambar, posing posing cute macho je. Lastly kitorg shopping some souvenirs and balik!
Dia ingat comel agaknya posing macamtu.
Take 1. Oh boy you just ruin my photo!
Hihihi <3
See you later Legoland. InsyaAllah :) Thanks to my bf and his family for the joyful event and unforgettable memories <3

TIPS :)

1. Wear comfy and suitable outfit. No dress and fancy stuff please?

2. Comfy shoes! No selipar jepun unless you own a kaki kebal. NO WEDGES! Oh girls please?

3. Bring your own telekung and mini sejadah. Easy to perform your solat w/o waiting for your turn to use the wakaf telekung.

4. Bring your own raincoat unless you have the intention to spend your RM15 for raincoat.

5. Bring extra shirts. Just in case you don't feel comfy with yourself wearing wet shirt all day.

6. Lotion and sunblock please? You gonna burn your skin doing outdoors activities!

7. Shades for sunny day, travel umbrella for rainy day :)

8. Suitable bags for all your belongings. Make sure put your valuable stuff in a safe place :)

9. Drinks and foods (jajan/roti) kot kot hang lapaq masa beratuq tu kan :)

Semoga tips yg simple dan sikit ini membantu hari anda di Legoland! Have fun!

Wednesday, May 30, 2012

Red Velvet for a lovely birthday man.

Assalamualaikum!

I bake this for my special one on his 20th birthday. 3 layer red velvet cake with chocolate ganache and cream cheese frosting.

Cream cheese. Very creamy very thick very yummy :)

Chocolate ganache. Rich in chocolate, sweetie sweet, creamy and yums! :D

On its way to look lovely.

Almost completed

Final result! Yay am happy :)


So, Happy Birthday dear :) Semoga perjalanan hidup dirahmati, diberkati dan sentiasa dalam lindungan Ilahi. I really hope our relationship akan terus berkekalan. InsyaAllah, dengan izin Allah, we'll be together one day. Pray for us, to be a better Muslims :) Amin.

Thursday, April 26, 2012

Aku membesar dalam generasi seperti (teruskan membaca)

Assalamualaikum! Hari ni nak bahasakan diri 'aku'. Hehe :P Lama tak cakap aku kau ni ek. Baru baru ni aku jumpa seorang budak perempuan yang bawa coloring book and crayon di tempat kerja aku. Dalam hati berkata 'Masih ada anak yang membesar dalam generasi aku rupanya'. Selalunya yang datang kedai aku anak anak main iPhone iPad segala. Apa yang berlaku di sekeliling aku pada hari ini telah banyak buat aku teringat zaman kanak kanak.

Generasi aku makan gula gula getah yang hitam putih tu, yang 3 biji dalam kotak kecil, ada juga yang dalam plastic panjang gula getahnya warna merah oren kuning. Generasi kini tahu gula gula getah tu?



Generasi aku makan biskut icing warna warni macam ice cream. Dulu aku panggil biskut taik warna warni -.- Hebat tak aku beri nama pada makanan? Hehe. Kalau bab cokelat, generasi aku ada cokelat duit cover warna emas. Generasi kau ada? Dulu kalau perempuan, balik sekolah agama petang petang mesti beli gula gula apa aku tak tahu tapi ada free cincin atasnya. Kalau lelaki beli tu nak bagi gepren lettew. Sekarang? Ada? Takda en? Gula gula gambar udang yang dalam dia transparent boleh makan, gula gula rabbit. Itu gula gula generasi aku juga.

Generasi aku dulu makan ice cream Malaysia harga 20 sen. Zaman aku la. Sekarang aku nak beli harganya dah 50 sen atau 60 sen. Generasi sekarang ice cream Malaysia pun tak tahu -.- Tahu ice cream line line Baskin je. Hampeh. Generasi aku dulu ada mould ice cream batang. Mak aku beli untuk abang dan aku sebab kitorang kuat makan ice cream. Jadi bila ada mould ice cream batang, senang lah nak buat. lepas makan, batang berwarna- warni tu dibasuh bersama mouldnya, bancuh air milo, bekukan :)

Generasi aku dulu permainannya, ceper, batu seremban, patung kertas, Tora, Din Dang, Tamiya dan sebagainya. Generasi sekarang tanya Tora pun tak tahu menatang apa -.- Kalau dulu iklan Tora, Din Dang, Tamiya lah yang paling ditunggu tunggu. Keluar je iklan ada permainan baru laju masing masing korek tabung nak beli. Tu lah mainan gempak generasi aku. Sekarang mainan line line harga phone -.-. paling paling pun main games dekat tab. Dulu generasi aku pakai coloring book siap ada set pensel warna, crayon, watercolor. Generasi sekarang main color color guna tab. Ek eleehhh :P Dulu aku beli anak patung kertas tu size kecik 20 sen je size besar 50 sen. Baru baru ni aku jumpa anak patung kertas jenama Barbie harga tak nak kalah. Berpuluh ringgit baq hang! Aku dulu main belon yang apa tu eh yg kena pusing pusing dalam mulut lepas tu baru tiup guna stick kecil tu. Haha Lagi satu bubbles! Bubbles sekarang berpuluh ringgit tembak macam pakai senapang.

Kalau game yang berpeluh main, mesti lah cop tiang, lubang tikus, teng teng, galah panjang, Pepsi Cola. Hehe. Main kejar kejar pun seronok juga. Nyorok nyorok ke, pondok pondok ke. Hehe :P Generasi sekarang tahu main computer je. Tang mana tah dia berpeluh.

Rindu zaman kanak kanak aku. Wuuu sob sob :'( Nanti aku ada anak entah macam mana lah generasi diorang ek? O.o